Kelebihan dan Kekurangan Solar PV

Jika kita bercakap mengenai sumber tenaga, diketahui bahawa terdapat 2 jenis sumber tenaga iaitu tenaga boleh baharu (TBB) dan juga tenaga tidak boleh baharu. Ciri-ciri tenaga boleh baharu adalah seperti ianya mesra alam, kurang pencemaran alam sekitar dan boleh diperbaharui dalam masa yang singkat. Sebagai contoh:

  • Tenaga solar
  • Tenaga angin
  • Tenaga air
  • Bahan-bahan biojisim

Bagi sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui pula, ia berbeza sama sekali. Sumber tenaga jenis ini biasanya mengambil masa yang sangat lama untuk diperbaharui malah ianya juga memberi banyak kesan yang buruk kepada bumi kerana penggunaannya yang akan menyebabkan pembebasan karbon dioksida yang tinggi. Sebagai contoh gas asli, minyak mentah dan batu arang.

Maka disebabkan itu, seiring juga dengan seruan kerajaan dan bagi meluaskan lagi penggunaan tenaga boleh baharu yang mampu menjaga alam sekitar, salah satu fokus yang diutamakan dalam memperkenalkan teknologi hijau kepada pengguna adalah dengan memperluaskan lagi penggunaan tenaga solar sebagai tenaga boleh baharu.

solar PV-kuota Fit di Sabah

Tenaga solar merupakan sumber tenaga yang berasal daripada cahaya matahari. Ianya adalah pancaran cahaya dan radiasi matahari yang datang ke bumi. Di Malaysia, ia amat mudah didapati kerana kedudukan negara kita yang betul-betul diatas garisan khatulistiwa. Dan apa yang menguntungkan, kita menerima pancaran cahaya matahari ini dalam tempoh masa yang lama setiap hari.

Untuk menggunakan tenaga solar sebagai sumber tenaga boleh baharu (tenaga elektrik), ia perlu melalui proses penukaran yang memerlukan solar PV sebagai peralatan perantara (converter). Penggunaan solar PV sebagai agen penukar tenaga dilihat mempunyai beberapa kelebihan dan kekurangan. Diantaranya aku senaraikan seperti dibawah;

Kebaikan solar PV:

  • Mesra alam
  • Boleh diguna dimana sahaja asalkan terdapatnya cahaya matahari
  • Tidak merbahaya dan tiada membebaskan gas rumah hijau
  • Kos operasi dan penyelenggaraan adalah rendah dan dianggap tiada (negligible) berbanding tenaga boleh baharu yang lain
  • Tiada pencemaran bunyi, sesuai digunakan dikawasan perumahan
  • Mudah dipasang dimana-mana (atap rumah ataupun lantai) tanpa mengganggu orang lain
  • Tenaga yang dihasilkan boleh digunakan sebagai kuasa kenderaan ringan, pemanas air, memasak dan lain-lain.

Manakala, keburukan solar PV:

  • Hanya boleh digunakan pada waktu siang dimana ianya juga bergantung kepada keadaan cuaca
  • Memerlukan peralatan tambahan (inverter) untuk menukar elektrik arus terus (DC) kepada arus ulang alik (AC) untuk digunakan pada rangkaian kuasa
  • Kos pengeluaran tinggi disebabkan bahan silikon dan separa konduktor tidak mudah dicari dan faktor teknologi untuk mencipta panel solar PV yang mempunyai kecekapan yang tinggi
  • Memerlukan kawasan tanah lapang untuk meletakkan panel papan PV (sekiranya untuk kegunaan industri)

Namun disebalik kekurangan yang tersenarai diatas, manfaat yang diperolehi daripada solar PV ternyata lebih berguna dalam menjamin alam sekitar yang mampan. Ianya bukan sahaja dapat membantu kita dalam usaha mengurangkan kebergantungan diri sendiri terhadap tenaga tidak boleh baharu yang bakal kehabisan, malah dalam masa yang sama juga memberi peluang kepada kita untuk menjana pendapatan sampingan. Untuk maklumat lanjut layari laman web SEDA Malaysia di www.SEDA.gov.my.

p/s: Insha Allah ada rezeki lebih, nak pasang solar PV juga dekat rumah sendiri.

Sumber rujukan:

 Terbaru! Baca tweet-tweet femes di channel Telegram @tweetfemes

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Logo Jakim

Cara Semak Status Halal Secara On-The-Go

Tips Percutian Dalam Malaysia