Seperti mana yang telah diceritakan dalam entri yang lalu, kali ini merupakan kunjungan kitorang kali ke-3 ke Legoland. Dan kunjungan kali ini agak special kerana kitorang menggunakan annual pass.
Actually, jika ditanya perbezaan diantara annual pass dengan tiket harian, kelebihan sangat memihak kepada annual pass. Lebih-lebih lagi apabila annual pass yang dibeli adalah annual pass yang ditawarkan secara online ketika promo akhir tahun.
Nak tahu kenapa?
Okay. Macam ni.. biar aku cuba terangkan.
Setiap annual yang dibeli secara online mempunyai tarikh tamat tempoh yang panjang. Sebagai contoh, even kalau kita beli hari ini, tarikh tamat tempohnya bukan setahun daripada sekarang. Akan tetapi kita diberikan “tempoh bertenang” dulu sehingga 6 bulan untuk menukarkan pass voucher online yang di-emailkan kepada pass masuk yang sebenar.
Haa.. Untuk contoh yang lebih jelas, aku menggunakan situasi aku dimana pada 31 Disember 2017 (semasa promo Legoland sedang dijalankan) aku telah membeli 3 tiket Legoland secara online.
Selepas aku membuat pembayaran, aku menerima salinan pass voucer menerusi email pada hari yang sama.
Perlu difahamkan bahawa selepas menerima pass voucher menerusi email itu, tempoh sah setahun pembelian tiket aku ke Legoland masih belum dikira memandangkan aku diberikan masa 6 bulan untuk pergi ke Legoland untuk menukarkan pass voucher tersebut kepada pass masuk yang sebenar.
Kronologi ringkas berkenaan tempoh sah tiket aku masuk ke Legoland menggunakan annual pass online promo akhir tahun adalah seperti dibawah:
- 31 December 2017 – aku beli tiket online dengan harga promosi akhir tahun.
- 31 December 2017 – setelah membuat pembayaran, aku menerima pass voucher melalui email (dalam masa yang sama aku ada 6 bulan untuk pergi tukar pass voucher kepada pass sebenar).
- 19 April 2018 – Aku jejakkan kaki ke Legoland (masih dalam tempoh 6 bulan yang diberikan)
- 19 April 2018 – Selepas menerima annual pass yang sebenar (kad akses dengan cetakan gambar muka sendiri), maka bermulanya kiraan tempoh sah setahun annual pass aku.
- 19 April 2019 – Tarikh sebenar annual pass aku tamat tempoh.
Okay, faham?
Haa.. so, apa yang nak aku kongsikan di sini adalah, apabila berlangsungnya promo akhir tahun Legoland ini.. sila la standby duit siap-siap untuk beli annual pass. Bukan apa.. Disamping dapat harga yang jauh lebih murah, korang juga dapat tempoh sah yang lebih panjang.
Bagi aku 6 bulan untuk tempoh bertenang tu dah kira berbaloi sangat dah. Sebabnya kita akan mempunyai masa yang mencukupi untuk buat perancangan bawa family pergi berseronok di Legoland.
By the way, bukan setakat tempoh sah je lebih panjang. Dapat juga annual pass yang tercetak gambar muka sendiri.. Cool tu. Tak semua orang ada. Hehehe.
p.s: Korang jangan musykil ye.. Annual pass bermakna korang ada akses untuk masuk ke Legoland untuk setahun. Tak kisah lah berapa kali korang nak pergi pun, cuma bayar sekali je. Tak perlu bayar berkali-kali macam tiket harian. Dan.. disamping itu, korang sebagai annual pass holder juga entitle untuk dapat parking kereta percuma. Heee.
p.s.2: In case korang beli annual pass awesome, ada restriction date. Maksudnya date tu bila ada event-event besar, annual pass ini tidak boleh diguna pakai. Melainkan korang upgrade ke annual pass premium.
event besar cthnya? nak jgk tnya tu. hahahahahha
Birthday hafiz rahim keh keh keh
aku yang dah dok johor ni, tak pergi lagi legoland.
haha..
tunggu budak besaq sikit la jawabnya.