in ,

Kelas Piano Pertama Khair


Malam ni first piano lesson untuk Khair. Macam aku pernah cerita dalam entri lepas, niat nak hantar dia belajar peralatan muzik memang dah lama. Cuma sekarang baru berpeluang hantar dia masuk kelas. Dan yang bestnya, kelas muzik yang aku dapat cari ni adalah private tutor. 1 to 1 basis.

So, untuk kelas piano pertama ni tak nak bagi Khair terkejur.. pembelajaran dia tak adalah drastik sangat. Tapi Teacher Najwa yang ajar Khair tu just bagi pengenalan dan nak tengok macam mana Khair respond dengan apa yang diajar secara asas saja.

Dan aku yang duduk kat luar bilik piano tu, memang dah jadi pemerhati tegar macam kelas-kelas aktiviti Khair yang lain.. tunggu dan tengok je la apa yang dia belajar sampai habis kelas. Bapa mithali sungguh. Hahaha.

Tapi, aku tengok saja pun bukan sekadar “tengok” je. Apa input yang Khair dapat, aku cuba memorize gak. Sebab nanti bila dah balik rumah, aku kena remind dan soal dia balik sekali sekala.. takut la dia terlupa kan sebab gap antara kelas tu seminggu jugak. Kelas 30 minit, next class minggu depan. For sure kalau tak tanya, mesti akan lupa terus apa yang teacher ajar. Hohoho.

Maka, untuk first piano lesson.. aku cuba listkan balik apa point penting yang Khair belajar tadi.

  1. Kedudukan badan adalah separuh kerusi. Tak terlalu dekat dengan piano, dan tak terlalu jauh daripada piano.
  2. Angkat tangan ke depan menyentuh badan piano untuk check sama ada jarak adalah betul. Kalau tak sampai, maksudnya terlalu jauh dan kalau tangan bengkok pulak, maksudnya terlalu dekat.
  3. Jari masa nak tekan not perlu dibengkokkan sikit, jangan lurus.
  4. White key ada kat depan 2 black keys, adalah note C.
  5. Kalau nampak note C kat tengah, ianya tak dipanggil note C.. tapi ia sebenarnya ia dipanggil note middle C. Dan dalam 88 keys yang ada, hanya 1 note C yang dipanggil Middle C.
  6. Kalau tengok note muzik yang macam taugeh tu.. 1 bulat yang ada ekor panjang kebawah itu memberi signal untuk tekan key piano menggunakan jari di tangan kiri. Manakala 1 bulat yang ada ekor panjang keatas pula, itu memberi signal untuk menekan key piano mengguna jadi di tangan kanan.

Fuhhh.. aku yang sekadar tengok ni nak fahamkan dan ingat apa yang teacher ajar macam payah gak nak hadam, tapi demi anak.. paksa ingat je la kan. Hahaha.

So first piano lesson dah settle. Dan bila tanya Khair, dia kata seronok belajar sebab teacher tak garang. Cuma satu je yang buat dia payah nak bercakap, sebab Teacher Najwa banyak speaking English. Padan muka.. tu la. Daddy suruh baca buku English banyak-banyak tak nak. Hahaha


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

4 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *