in ,

Kelas Kedua Piano Khair


Kelas kedua piano untuk Khair. Saja aku log kan dalam blog untuk jadikan kenangan. Sebenarnya tak expect pulak kelas kedua ni dah makin susah, ingatkan sekadar main-main macam minggu lepas . Tapi sebenarnya dah mula belajar dan kena ingat G clef, F clef, Middle C, Legato, Staccato dan lain-lain. Fuh.. kalau daddy dah berpeluh. Hahaha.

Tapi walaubagaimanapun, nampak Khair so far so good. Habis kelas piano teacher bagitahu dia ni kategori fast learner. Sebab apa yang cikgu ajar dia dapat pickup cepat dan masih boleh ingat apa gang diajar minggu lepas.

Aku bila teacher cakap macam tu.. iya kan aje. Tak nak bangga lebih sangat lagipun baru di awal kelas. Lepas setahun macam tu ke kalau teacher masih bagi statement yang sama, baru boleh nak rasa bangga sikit. Psikonya daddy. Hahaha

Owh.. lepas habis kelas semalam aku ada tanya juga berkenaan piano. Sebab aku tahu satu hari nanti mesti kena beli untuk Khair praktis kat rumah.

Dan for now teacher dia kata masih tak perlu. Untuk first two months tak beli lagi pun tak apa. Praktis kat rumah boleh je walaupun sekadar tekan-tekan jari atas meja.

Cuma teacher Najwa bagitahu lagi, dia nasihatkan kalau nak beli piano nanti.. carilah yang upright piano terus. Kalau dapat sediakan yang exam spec lagi baik. Pendek kata, teacher recommend untuk belikan Khair piano yang macam dia guna masa kelas terus untuk kelebihan jangka masa panjang.

Fuhh.. dengar statement cikgu gitu, daddy  tarik nafas panjang jugak. Gila kau, harga upright piano bukan singgit dua. Hahaha. Tapi tak apa lah, demi anak.. bapak kau ni akan cuba usaha. Chaiyok

p.s: Teacher kata kalau dah lepas grade 8 dah boleh ajar orang untuk dapat side income jadi cikgu piano. So, tu target aku.. bagi Khair sampai grade 8, pastu hopefully kalau dia nak guna skill dia ni untuk earn side income.. tu pilihan dia. Yang penting, sebelum nak dapatkan income.. skill tu kena ada.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge