in

Kekalahan Lee Chong Wei Dipertikaikan


Bila terkenangkan tragedi kekalahan Dato’ Lee Chong Wei semalam, terasa agak sedih kerana satu-satunya harapan untuk Malaysia merangkul pingat emas berkecai.

Tetapi dalam kekalahan itu, ada juga suara-suara sumbang yang mempersoalkan kehebatan Dato’ Lee Chong Wei bermain. Katanya jaguh negara itu bermain hanya kerana duit. Lebih menyedihkan lagi apabila hal sukan juga dilibatkan dengan hal politik.

Hafiz memang tidak setuju dengan statement yang mengatakan kerajaan memberi imbuhan wang kepada pemenang pingat emas adalah agenda politik semata-mata. Bagi Hafiz itu adalah hadiah diatas segala penat lelah dan pengorbanan mereka semasa mendukung dan membawa nama negara ke puncak dunia.

Seperti orang yang tidak ada pemikiran yang waras, kalau dibiarkan orang yang bercakap itu sendiri yang bermain. Pasti dia akan terkincit dalam seluar apabila menerima tekanan yang kuat baik dari pihak lawan, penonton dan juga media.

Apa-apa pun tahniah kepada Dato’ Lee Chong Wei, kerana berjaya medapatkan pingat perak dan merupakan pingat pertama untuk negara. Tidak perlu bersedih lagi. Mungkin kali ini tuah berpihak kepada Lin Dan, mana tahu Olimpik akan datang berpihak kepada kita pula.

Artikel ini hanyalah sedikit sebanyak pengetahuan dan pandangan daripada penulis. Sekiranya dirasakan artikel ini berguna untuk orang lain, anda boleh kongsikan artikel ini dengan menekan butang LIKE dan jangan keberatan untuk meninggalkan komen dibawah diruang yang telah disediakan.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

4 Comments

Leave a Reply
  1. Payah kalau bercakap dari sudut politik. Jadi macam kat atas lah nun. Huhu.

    Lee Chong Wei dah berusaha yang terbaik tetapi masih ada yang tak hargai. Apa nak jadi lah.

  2. suruh india nie plak g main…gerenti xsampai ke final….fkir la…. tp kn nk gk tngk india nie main mna taw dapat Emas untuk malaysia kot…hahahahah…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *