Serius, ini kali pertama aku rasa terlebih excited bila dah buat cermin mata baru. Bukan sebab buat cermin mata yang harganya ribu-ribu, tapi sebab dapat buat cermin mata yang aku rasakan harganya gila-gila murah.. overall cost tak sampai RM130.
Korang bayangkan, frame boleh dapat dengan harga RM65. Kemudian campur dengan lens Alpha Blue 420 yang harganya RM60. Total jadinya RM125.
Wehh.. ini macam serupa harga tak masuk akal. Sepanjang hidup aku pakai cermin mata, tak pernah lagi dapat harga macam ni. Paling kurang pun dalam RM200 ke RM300. Hohoho.
Terima kasih sangat-sangat la pada Eye Vision Optical kat Sungei Wang Plaza ni, kerana dengan kewujudannya dalam industri pemasaran cermin mata nampaknya masalah aku untuk dapatkan cermin mata dengan harga murah nampaknya telah menemui jalan penyelesaian. Tak nak dah aku pandang kedai-kedai lain, nak beli cermin mata.. tuju sini terus je.
Lagipun siap dalam tempoh masa tak sampai sejam. Dan untuk rekod peribadi aku, cermin mata pertama aku buat kat sini juga merupakan rekod paling siap cepat.
Tak sampai 15 minit. Kagum gila aku.. baru je je lepas pilih frame dan nampak tokey masuk dalam kedai nak suruh staff dia potong dan pasang lens pada frame.. lepas je 2-3 minit aku bagitau kat tokey nak pergi tandas dulu untuk cuci Haziq berak sementara cermin mata siap.. tiba-tiba tokey ikut belakang cakap semuanya dah selesai. Efisyen sungguh. Hahaha.
By the way, bukan setakat kepantasan yang menjadi kekaguman aku, lens yang di-offer-kan tu jugak sangat menarik. Sebabnya, selain daripada “murah”.. jangan disangka ianya tak berkualiti.
Lens Alpha Blue 420. Difahamkan oleh tokey kedai, merupakan registered product under company dia. So makna kata, mereka satu-satunya kedai yang mengeluarkan lens jenis ni. So, kalau ada kedai luar yang claim ada jual jugak kat luar sana.. maksudnya, itu adalah reseller ataupun fake product.
Untuk makluman, lens Alpha Blue 420 ini selain daripada berkemampuan untuk tahan calar, anti silau dan juga kalis air, ianya juga berfungsi sebagai penghalang UV420. Dimana istilah UV420 itu sendiri bermakna pancaran spektrum 420 nanometer yang terhasil daripada gadget-gadget seperti monitor LCD, smartphone, tablet dsb.. dan dari aspek kesihatan ia mampu memberi kesan buruk kepada mata sekiranya mata kerap terdedah kepada UV420 itu.
Kalau tak caya, tengok dulu video yang aku sempat rakamkan ni.
Tak sangka kan, barang murah. Tapi kualitinya tiptop. Tambah dengan frame yang harga RM65 tapi dari jauh nampak macam spek premium. Hohoho.
By the way, buat korang yang tertanya-tanya kedai aku buat cermin mata ni kat mana. Ia adalah bertempat di Aras G, Sungei Wang Plaza. Kalau korang perasan pernah ada satu kedai cermin mata yang viral di laman sosial dulu, haa itu lah kedainya.
Keseluruhan unit kedai cermin mata yang tokey ni ada lebih daripada 1 buah kedai, cuma namanya berlainan. So kalau korang nak cari kedai cermin mata murah viral ni, cari je nama-nama kedai ni okay:
- Eye Vision Optical – Lot G096
- Eye Smart Vision – Lot G070
- Eye Smart Concept – Lot G079
- Eye Pro Vision – Lot G111
Ingat, semua kedai milik tokey ni kat level G tau. Kalau pergi kedai lain, silap-silap kena kencing je dan tak dapat la nak merasa pakai lense Alpha Blue 420. Hehehe.
Untuk memudahkan korang jugak, nah.. aku share sekali contact number Manager kedai, William namanya. Senang nak deal dengan dia, cool je orangnya.
mmg murah betul la nih..
Sangat.. kalau sebelum ni dapat tahu, memang dah pergi awal-awal
Murah jugak. Kalau power tinggi pun boleh dapat harga macam tu?
Power 600 keatas ada tambah harga sikit. Tapi tambah berapa puluh je
murahnya ..
Memang murah sangat ni, pastu siap cepat pulak tu. Kena pergi buat jugak ni!
murah habis… InsyaAllah jika dapat kesini.. nak belikan satu utk mak ….
Bestnya, kena jejak ni ke sana
rasanya dah jumpa kedai cermin mata murah dan boleh siap cepat.Memang next nak terjah ke sini pula..
Baru buat dan abis dlm rm300++…
Baru buat dan abis dlm rm300++…
300+ lens lain dah tu
Murahnya dah lama sangat tapi tak pernah lagi sampai kesana, boleh lah cuba
Promosi sampai bila ?
Pergi je bila-bila. Kedai ni memang murah
Awak buat habis berapa & power berapa?
RM125 je. Power 350 kiri kanan. Kalau nak “special treatment”, tunjuk je entri blog ni kat owner nama William -> https://hafizrahim.com/spek-dengan-lens-alpha-420-ini-tahan-lasak-dan-sangat-murah/
Owner kenal saya. Hehe