Balik Terengganu, ada satu port jual kuih-muih di Gong Kapas. Lokasinya hanya bersebelahan dengan Sekolah Menengah Agama Khairiah, Jalan Sultan Omar.
Disini pelbagai jenis kuih disediakan, baik yang tradisional hinggalah ke kuih moden.
Hinggakan rambang mata untuk memilih kuih mana yang hendak dibeli.
Harga? Sudah semestinya lebih murah berbanding harga di Kuala Lumpur. Bawa RM10 boleh beli macam-macam jenis kuih.
Oh Terengganu, suka betul aku balik ke sana bila bercerita bab-bab makan. Belum lagi cerita pasal ikan celup tepung dan keropok lekor. Sedap hingga menjilat jari.
p/s: Wajib beli, jala emas.
pehh..banyaknya kuih muihhh..
bak sket. gua tengah lapar nih.
owh apis orang ganu rupanya…!!!!
yup.. tempat tu mmg tersohor dr dahulukala lagi.. kalau bulan puasa lagi lah.. lagi banyak kuih muih dan lauk pauk utk bukak puasa..
Orang Kedah panggil ‘cucoq’ hehe.
Banyak aneka pilihan, rambang mata jadinya
maniss !! haha.. aku mmg tak makan sgt benda manis… kropok lekor, mmg kene rasa tiap kalo pegi sana..
Bermacam-macam jenis kuih. Memang rambang mata.
Selalu jugak beli kuih kat sini..macam2 kuih ada..memang rambang mata tengok kuih kat sini..
yang pasti semuanya manis-manis
ada apam polkadot! nampak sedap jer… ish~
Subhanallah! banyak nya cucuq…macam-macam ada. Tentu rambang nak pilih, boleh skip makan malam ganti dengan makan kuih saja ! teringin nak ke Terangganu!
ni pesta kuih ke apa….apapun ikan celup tepung baru first time jumpa bulan lepas.rasa janggal nak makan sebab disediakan masa minum petang…yang penting sedap.
pergghh… memang banyak pilihan. memang rambang mata macam nih.
Puas hati bila dapat membeli kat sini…. mesti lebih sedap kan….
banyak ye pilihan kuih ..hehhe
Bagusnya kuih2 tu semua bertutup… tengok kuih2 tu teringat lak kuih2 yang kak ina buat…he he..
Amboi,,,kueh nya banyak sekali macamnya, dan rupanya juga kelihatan sangat sedap sekali.