Bukan sekali, tapi dah berkali-kali aku guna servis mereka ni. Apa tu? Haa.. ni dia, McDonald’s Drive-Thru. Tipu la kan kalau ada orang yang tak tahu kewujudan drive-thru ni. Boleh kata dalam sesuatu kawasan, at least mesti ada satu kaunter drive-thru dan semestinya ia membantu memudahkan urusan orang ramai.
Kenapa aku cakap macam tu?
Well.. kaunter McDonald’s Drive-Thru. Korang faham-faham sendiri lah kan. Walaupun kita tahu ianya adalah perkhidmatan untuk menyediakan makanan, tapi sebenarnya ia berfungsi lebih daripada itu.
Pernah tak korang terfikir situasi seorang mak yang tengah desperate nak tenangkan anak yang tengah tantrum dalam kereta? Pernah tak korang terfikir seorang perempuan yang kelaparan dan diselubungi rasa takut nak berjalan ke kedai seorang diri waktu malam? Yes.. kat sini McDonald’s Drive-Thru memainkan peranan.
Sebetulnya, kelebihan kaunter McDonald’s Drive-Thru bukan sahaja bersifat praktikal dalam menyediakan perkhidmatan penyediaan makanan yang efisyen, tapi juga membantu dari segi emosional.
Sebagai contoh, anak-anak tengah bergaduh dalam kereta. Kalau dapat Happy Meal.. terus diam.
Perempuan lapar kalau takut nak berjalan seorang diri waktu malam untuk ke kedai.. masuk kaunter Drive-Thru.. selesai masalah.
Even.. kalau korang sendiri pun bila malas nak pakai baju elok-elok, pandu kereta sambil pakai tuala je pun.. masuk kaunter Drive-Thru.. tak ada masalah langsung nak beli makanan kan? Nak timbul rasa malu pun tak perlu. Hohoho.
Okay.. bercerita tentang McDonald’s Drive-Thru ni, ini adalah sedikit fakta menarik untuk dikongsikan. Tahukah korang bahawa jualan menerusi tingkap Pandu-Lalu menyumbang hampir 50 peratus jumlah jualan keseluruhan bagi semua 167 restoran Pandu-Lalu McDonald’s.
Ya. Walaupun bilangan kaunter nampak sedikit, tapi bilamana ia boleh menjana separuh daripada hasil jualan dalam negara, sudah semestinya ia boleh dianggap sebagai satu segmen perniagaan yang diperlukan dan sangat disukai ramai. Betul tak?
Menurut kata Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmi Jaafar, “Segmen perniagaan Pandu-Lalu telah menyumbang pertumbuhan yang cukup signifikan sejak restoran Pandu-Lalu pertama dibuka di McDonald’s Titiwangsa pada tahun 1988. Sejak daripada itu, segmen Pandu-Lalu telah menjadi kunci utama terhadap kejayaan syarikat”.
Ketika sidang media diadakan, aku difahamkan bahawa McDonald’s mengalami pertumbuhan sebanyak 10% tahun ke tahun untuk jualan Drive-Thru bagi suku pertama tahun 2019 dan menjelang tahun 2021, McDonald’s Malaysia mensasarkan 70% restoran McDonald’s di seluruh negara untuk menjadi restoran Drive-Thru.
Menarik! Lebih banyak kaunter Drive-Thru, maka lebih senang lepas ni aku nak beli McDonald’s. Hehehe.
Dan disebabkan rangkaian McDonald’s ini sering menguji kemampuan mereka untuk bergerak setapak lebih maju ke hadapan, baru-baru ini pada 26-28 April 2019, mereka mengadakan “McDonald’s Drive Thru Weekend Challenge” dimana sepanjang tiga hari tersebut, sejumlah 473,860 kenderaan mendapatkan hidangan McDonald’s kegemaran mereka dari 167 restoran Pandu-Lalu McDonald’s di seluruh negara. Jika diukur kepanjangannya jumlah kenderaan ini, ia adalah bersamaan dengan kira-kira 150 kali ganda kepanjangan Jambatan Pulau Pinang yang pertam.
Secara purata, satu pesanan dari pelanggan McDonald’s Drive-Thru dapat diselesaikan dalam tempoh masa 2 minit.
Selain itu, berita menarik yang dikongsikan menerusi cabaran yang diadakan tersebut apabila McDonald’s turut berjaya mencipta rekod baharu, dimana pada 27 April 2019 sebanyak 164,235 buah kenderaan menggunakan perkhidmatan Drive-Thru dalam tempoh 24 jam. Sekaligus rekod tersebut diiktiraf sebagai pemegang Malaysia Book of Records bagi “Penyertaan Paling Tinggi untuk Cabaran Pandu-Lalu dalam Tempoh 24 Jam”.
Untuk makluman, sebelum ini McDonald’s Malaysia juga adalah pemegang rekod bagi jumlah kenderaan paling tinggi untuk cabaran Pandu-Lalu pada Ogos 2008, dimana sebanyak 18,677 buah kenderaan telah melalui 53 restoran McDonald’s Drive-Thru di seluruh negara dalam tempoh 3 jam sahaja (dari jam 12.00 tengahari hingga 3.00 petang).
Wahh.. hebat McDonald’s Malaysia kan. Tahniah buat mereka.