Katakan Tidak Pada Komen Spam

Ahhh..Semenjak dua menjak ni Hafiz rasa berterima kasih sangat dengan plugin Akismet, kerana disebabkan plugin ini cukup awesome menjalankan tugasnya..blog Hafiz terhindar daripada serangan komen-komen spam durjana.

Statistic Akismet

Statistik bilangan komen spam didalam HafizRahim.Com yang dihalang oleh Akismet.

Melalui graf tersebut, dapat diperhatikan bahawa komen-komen spam ini semakin hari semakin meningkat dengan kadar peningkatan mendadak pada bulan Mei yang melebihi 100% daripada bulan yang sebelumnya.

Selalunya Hafiz suka sangat kalau setiap post mempunyai banyak komen, tetapi jika komen tersebut adalah komen spam..sudah tentu amat menyakitkan hati. Jadi bagi pengguna WordPress, plugin Akismet adalah plugin yang diwajibkan. Jangan sesekali mengambil sikap tidak endah pada plugin ini, nanti sengsara hidup.

p/s: Tiap-tiap hari paling kurang 50 komen spam yang singgah ke blog. Tak dapat bayang macam mana dengan blog Denaihati.

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

  • Comments

    Leave a Reply
    1. Blog Denaihati mesti lagi banyak kan, blog IA pun terkena.. Nasib baik plugin Aksimet banyak membantu..

    2. eh bro dah lama blogging xkan bro baru pakai akismet, bukankah akismet benda plugin yang terus ada semasa kita install wordpress, hehe

      • Dah memang lama pkai bro..baru reveal stats sebab spam makin hari makin banyak..haha..kadang2 ada orang yang tak activate pun plugin ni..sebabnya diorang cakp nak dapatkan API key tu kena bayar..sabar je la..haha

    3. agakla bro..banyak betul..nasib baik la platform blogger ni pun ada spam detector jugak..terlepas satu dua je..

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Loading…

    Comments

    comments

    Komisyen Pertama AssignJobs.Com

    Simpanan Pelajaran Masa Depan