Lebih 10 tahun aku pakai G-Shock, tapi baru hari ni aku tahu jam jenis ni tak boleh main tukar bateri sesuka hati. Bila nak tukar, kena cari kedai yang ada tools dan pengalaman yang mencukupi.
Pendek kata, daripada apa yang aku faham tentang info yang dikongsikan oleh seorang jurujual ketika menukar bateri jam G-Shock Gulfman G-9100 aku di kedai jam Rhapsody, Ground floor, IOI City Mall, katanya sistem jam G-Shock memang perlu melakukan reset selepas bateri ditukar.
Sempat juga aku bertanyakan pada dia, “Kedai biasa tak boleh buat ke?”
Jawapan dia.. Tak boleh. Sebabnya, cara nak reset tu tak semua orang tahu. Tambah merumitkan lagi, kalau korang jenis pakai jam yang jenis ada analog + digital. Ia memerlukan synchronization yang tepat untuk kedua-dua paparan waktu.
Kalau tak ngam, sebagai contoh; nanti jam digital paparkan waktu siang, sedangkan jam analog paparkan waktu malam. Tak ke naya gitu. Hahaha.
Well.. bila dah tahu karenah yang wujud bila pakai G-Shock. Terlintas juga dalam hati, leceh rupanya pakai jam G-Shock ni kan. Nak tukar bateri je pun tapi dah macam nak tune kereta masuk race. Hahaha.
Tapi.. Walaupun isu reset ni agak leceh. Itu bukan satu masalah yang besar.
Memandangkan harga bateri jam G-Shock aku tukar tadi pun tak mahal mana, cuma RM27.
Tambah pula dengan tahan lasak dan penggunaan bateri yang tahan lama. So, bila kata tiba masanya lagi nak kena tukar sebiji bateri dan selepas itu jam G-Shock tersebut boleh diguna pakai balik untuk beberapa tahun yang akan datang.. kira pejam mata je la. Berbaloi sangat dah tu.
Bak kata orang.. Kalah membeli, menang memakai. Sekali labur, berkali-kali pakai. Hehehe.
Note: Ada kawan bagitahu kat Metro Kajang ada jugak 1 kedai yang boleh tukar bateri jam G-Shock. Kat level bawah katanya.
p.s: Protrek? Not my choice. Eventhough jam ini adalah dari keluarga Casio dengan function yang lebih advance, tapi design dia nampak macam too muscular. Jadi, nak match dengan tangan aku nampak tak berapa sesuai. Kalau G-Shock.. lagi sesuai rasanya, lebih eye catching. Hee