Ok fine. Daddy mengaku kalah. Dulu masa sebaya Khair mmg daddy takde bakat langsung nak jadi fotografer.
Asyik-asyik bila ambik gambar.. entah apa-apa je hasilnya. Lepas tu bila dah cuci gambar, kena marah dengan mak sebab menghabiskan kodak je. Hahaha.
Berbeza dengan Khair.. umur 4 tahun, gambar yang dia snap terus dapat masuk exhibition.
Bukan setakat exhibition biasa.. tapi exhibition yang memang dah ada branding dia sendiri iaitu Kuala Lumpur Photo Festival (KLPF).
Cewah.. tumpang bangga kejap daddy bilamana subjek dalam gambar adalah muka daddy.
Siap di interviu oleh writer New Straits Time lagi tentang gambar yang dia ambil. Tapi malu-malu kucing nak jawab soalan. Hahaha.
Nak tengok gambar yang dia ambik?
Ni haa.. candid photo gitu. Aku tak tahu jenis kategori apa gambar yang dia ambil ni.
Potrait? Bukan..
Street? Bukan..
Freestyle? Mungkin.. Hee.

Takpelah.. Asalkan disebalik gambar ada makna yang tersirat. Maknanya?
Takkan jatuh ego seorang lelaki hanya kerana tolong isterinya melipat baju dirumah. Tanggungjawab haruslah dikongsi bersama barulah hidup berumah tangga sentiasa bahagia. Pewittt. Jiwang dohh.
Okay. Bercakap tentang Kuala Lumpur Photo Festival ini, ia diadakan di Kenanga Wholesale City bermula daripada 7 – 9 September 2016.
Bagi peminat-peminat fotografi, inilah masanya untuk korang melihat karya-karya yang super awesome diambil oleh jurugambar serata dunia secara live.

Terdapat juga jualan aksesori-aksesori fotografi dengan harga diskaun diantaranya lensa-lensa, tripod berjenama, printing paper dan juga filter.
Jadi, kepada korang meminati fotografi inilah masanya untuk korang mencuci mata.
Jom ke KLPF!
p.s: Dipersilakan selfie dengan gambar yang Khair ambik di KLPF wall of fame. Lepas tu jangan lupa upload di FB dan tag aku sekali ye. Hee. 😉
terbaik le khair..
kecik2 dh ada nama ni.
mmg patut daddy dia kena jeles
kalau dah selfie n tag, dpt hadiah tak? ekekekeke
Boleh je nak belanja. Tapi last hari ahad semalam. Tak sempat dah. Hahaha
Kagumnya saya…tahniah..
Kan hawa.. tahniah khair!
🙂
Mantap….. Khair dah boleh ada blog sendiri nie.
Domain ada dah. Contect je blum ada. Hahaha
Anak aku pun 2 tahun dah mula berjinak dalam bidang photography ni.
Kagumnya saya…tahniah.
Mana tak tumpah kuah kalau ke nasi. Hebat khair.. hebat dedy khair jugak tolong momy khair buat kerja rumah..
🙂