Kali Ketiga Tukar Brake Pad Depan Vios


Masuk kali ni dah jadi kali ke-3 aku tukar brake pad depan vios aku. Kali pertama tahun 2014, aku tukar kat kedai luar. Kali kedua tahun 2016 pulak, aku tukar brake pad kat service center Balakong sebab kebetulan kena tukar masa servis 140,000km. Dan semalam yang ketiga ni, aku pergi semula ke kedai luar yang aku pernah pergi dulu sebab tak sempat dah nak survey tempat lain.

Untuk makluman, apa-apa yang berkaitan dengan vios aku.. selain direkodkan dalam sistem online Toyota, memang aku catat sendiri dalam blog. Bukan apa, supaya mudah aku nak cari balik nanti. Hohoho.

By the way, untuk penukaran brake pad kali ketiga ni straight forward je. Tukar sebab dah haus habis, dan tak ada buat benda lain pun.

Pada mulanya aku gagahkan diri pergi pusing Bangi tanya 2-3 kedai lain, tapi semuanya quote harga lebih mahal. Cuma kedai yang aku pergi ni je yang mampu bagi RM350 untuk sepasang brake pad original Toyota.

Mungkin ada orang tanya, kenapa tak pakai brake pad biasa je yang ada jual harga RM100+. Well.. kereta aku ni memang daily use. Aku fikir kalau nak berjimat pun, tapi belum tentu tahu benefit sesuatu produk 3rd party yang mungkin juga boleh memudaratkan kereta aku.. so, untuk mengelakkan daripada berlaku apa-apa yang tak diingini, baik aku kekal pada barang original je.

Kereta aku ni nak pakai lama lagi beb. Pinjaman pun belum habis bayar. So, tukar je yang terbaik selagi mampu. Asalkan dia dalam keadaan yang optimum dan tak memeningkan aku. Hohoho.

p.s: Brake pad belakang vios aku baru tukar sekali. Tu pun lepas 5 tahun pakai kereta ni.


5 KOMEN

  1. Vios aku pun x pernah tukar lagi sejak beli,hantar servis di toyota juga, servis brek juga, x pernah disuruh tukar, mileage 230,000 km dah guna 7 thn. Berbaloi mcm ni

  2. pening juga pasal brake pad toyota ni.. ada kaler hijau, biru dan hitam..
    hitam murah sikit biasanya ori thailand.. hijau biru made in japan..

Leave a Reply to zul Cancel reply

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini