Tak sampai sebulan Khair cabut gigi buat kali pertama, semalam dah cabut lagi sebatang. Gigi bawah yang kedudukannya sebelah menyebelah.
Pada mulanya dia bagitahu daddy bahawa gigi dia bergoyang. Tapi tak sangka pulak goyang tu dah macam longgar sangat dah. Risau tertelan gigi tu nanti, aku minta untuk cabutkan.
Tapi.. macam sebelum ni la kan. Drama mesti ada punya.
Kali ni.. dia menangis kata sakit, walhal yang kali pertama hari tu lepas cabut dia kata tak sakit. Hahaha.
Daddy..dengan kuasa veto yang ada, paksa juga. Tapi kat hujung-hujung ayat tu selit ayat keramat.. “Dah cabut gigi nanti, daddy bagi aiskrim banyak“.
Dan.. seperti yang dijangkakan, pujukan aiskrim menjadi.
Akhirnya, gigi longgar tadi dah jadi sejarah dalam hidup Khair. Well done boy. Keh keh keh.
p.s: Disebabkan ruang rongak tu dah makin luas. Bila dia bercakap pun dah lain bunyinya. Banyak angin yang keluar. Hahaha.
Alahai… Siannya…
Kita geng… Uncle pun baru lepas cabut gigi Taring semalam… Sakit..