Kali ketiga tukar bateri vios aku. Masih menggunakan jenama yang sama iaitu “Century“, pertukaran bateri juga dibuat dikedai yang sama – kedai uncle cina bertentangan dengan KPJ Kajang.
So far, harga bateri maintenance free di kedai ini masih lagi murah berbanding 2 tahun lepas; RM210 selepas trade in bateri lama (naik RM10). Cuma yang agak ralat sikit apabila berurusan jual beli di kedai ini, apabila segala urusan adalah melibatkan cash – no credit card/debit card options. Kedai oldskool beb, semua main cash je.
Cuma apa yang aku suka dengan kedai uncle ini, bilamana dia dilihat jujur dalam berniaga. Walaupun ada banyak brand bateri kereta di kedai dia, kalau ditanya..
Uncle, bateri brand P*******C ni bagus ke?
Jawapan dia.
Brand saja. Harga mahal sikit. Function sama, waranti pun sama saja 1 tahun.
Tak macam sesetengah kedai, bila ditanya.. akan bersungguh-sungguh untuk cuba ketuk pelanggan supaya beli barang yang lagi mahal di kedai mereka. Betul tak? Hehehe.
Nota: Selalu timing tukar bateri kereta selepas jangka hayatnya mencecah 2 tahun. Macam kes vios aku pagi tadi (based on rekod entri terdahulu – Bila Bateri Kereta Kong), penukaran bateri dibuat selepas insiden nak start kereta pagi tadi untuk hantar wife pergi kerja kedengaran seperti enjin lambat nak hidup. Tak seperti sebelum-sebelum ini yang melibatkan bateri memang dah totally weak, nak start enjin kereta pun bunyi “tik.. tik.. tik.. tik.. tik.. tikkk” sampai kesudah.
Gua pulak, kalau nak start kereta tengok waktu pada jam kereta xsama macam waktu luar negara. Itu pertanda la tue.
So simpan duit tunggu sampai kong terus tukar hahahah