Lepas tukar tayar, cadangnya nak postpone dulu niat nak tukar absorber belakang vios aku yang dah leaking. Tapi memandangkan puan isteri insist untuk aku tukar jugak sebab ia melibatkan risiko keselamatan, maka aku turutkan je apa yang dipinta.
Pada mulanya, aku cari kat Mudah.my mana lah tahu dapat absorber original Vios dengan harga yang lebih masuk akal berbanding beli yang baru. Tapi, rupa-rupanya carian aku tak membuahkan hasil.
Absorber second tu ada, tapi condition half cut. Adeh.. tak berani pulak aku nak beli absorber macam ni, sebab takut barang terlebih lama. Kang tiba-tiba pakai leaking balik. Hohoho
Jadi option kedua aku pula, search marketplace kat Facebook. Scroll punya scroll.. ada offer daripada seorang mamat ni, katanya absorber 3rd party boleh dapat dengan harga RM150 seketul. So untuk sepasang jadinya RM300.
Disebabkan modal pun semput-semput, aku rasa offer ni dah cukup menarik. Aku whatsapp, aku tanya brand, lokasi kedai, pukul berapa tutup. Dan jawapannya.. ini dia.
Kebetulan, waktu tu pun memang aku dah ada kat Klang sebab pergi rumah adik ipar. Balik dari sana terus aku shoot ke kedai mamat tu. Dan berdasarkan map yang diberikan, aku sampai ke kedai yang betul. KB Maju Auto namanya.
Aku masuk kedai, tokey pun dari jauh dah macam dapat agak aku yang whatsapp dia tadi. So, terus kitorang seal the deal untuk tukar absorber belakang vios aku yang leaking.
Long story cut short walaupun ada insiden aku tak berapa nak puas hati sebab lama tunggu runner dia pergi ambik stok kat store dia kat Subang, tapi nasib baik sebelum tahap kesabaran aku memuncak.. runner tu sampai dengan barang yang diperlukan.
Absorber belakang Vios daripada brand Kayaba. Dari segi luaran, nampak macam sama je absorber original. Warna hitam. Sebelah atas, absorber lama yang ditanggalkan daripada kereta. Sebelah bawah, absorber baru. Yang lama bocor teruk sampai batang besi kilat tu dah tak main langsung dah. Sepatutnya dalam keadaan tertanggal macam ni, batang besi berkilat tu tertolak ke atas disebabkan pressure yang ada didalam tank hitam. So makna kata, absorber lama aku.. tak ada pressure langsung. Gas kat dalam tu dah habis. Hohoho
Gambar atas ini pula, perbandingan antara absorber lama aku.. kiri dan kanan. Yang pendek, yang leaking teruk aku bagitahu tadi adalah absorber belakang sebelah kanan. Manakala, yang besi kilat tertolak ke atas tu adalah absorber belakang sebelah kiri.
Jadi, situasinya kat sini.. walaupun absorber kiri aku leaking juga, tapi ianya masih baki pressure yang tertinggal didalam nya. Cuma, pressure tak sekuat absorber baru la dan sekaligus menjadikan kawalan kereta aku tak seimbang. Hohoho.. nasib baiklah masa tukar tayar vios tadi dapat perasan leaking ni awal-awal kan. Seriau je bila memikirkan apa agaknya yang boleh berlaku kalau aku teruskan juga pandu vios aku walaupun kondisinya macam ni.
So selepas pemasangan, pemanduan aku terasa lebih konfiden dimana hati dah tak rasa risau. Cumanya dari segi perbezaan ketara selepas penukaran absorber dibuat, aku tak dapat nak share sangat apa outputnya.
Dari segi kestabilan mungkin terasa sedikit perbezaan, yang mana ketika mengambil selekoh.. vios aku terasa lebih stabil. Tak kurang juga ketika melalui jalan yang ada speed bump, langgaran tayar terhadap speed bump tak membuatkan kereta terlalu melantun-lantun. Okay la tu kot kan?
Performance absorber baru ni aku tak kisah sangat, yang penting dapat mengurangkan risiko daripada berlakunya perkara buruk. Betul tak?
Nota: Baru check kat Shopee, boleh dapat harga lebih murah. Dalam RM200+ je. Kalau korang tak urgent, boleh beli online Shopee je. Lepas tu upah kedai pasangkan. Lagi jimat. Ini link nya – Absorber Kayaba Vios NCP93
Salam,
Total rm300 harga 1set parts je kan? Ke termasuk harga upah pasang sekali..blh share? Tq
ya betul. RM300 siap pasang.
So far…lps 7 bln semua ok? Xde problem kan…sy nk try ke sana jgk
Alhamdulillah. Setakat ni tak ada masalah pun.