Tayar pecah tempoh hari dek kerana terkena skru gergasi, terpaksa bergantung harap menggunakan tayar spare sebelum dapat mencari tayar pengganti bila tiba hari cuti.
Sebelum ini aku pernah cerita tayar yang terbaru aku guna pakai pada vios aku adalah tayar TOYO NanoEnergy 3. So far dengan menggunakan tayar ini aku sangat puas hati sehinggalah ianya cedera parah.
Berbalik kepada cerita mencari tayar ganti, disebabkan hanya sebiji tayar yang dah koyak terkena skru itu. Aku terpaksa mencari dua biji tayar baru untuk seimbangkan kehausan tayar.
Dan oleh kerana tayar TOYO NanoEnergy 3 agak susah untuk dicari di kawasan Bandar Baru Bangi, aku kahwinkan jenama penggunaan tayar untuk vios aku.
Dua yang dihadapan menggunakan tayar Bridgestone Potenza RE080 (jenis dan siri yang sama seperti kereta keluar kilang, aku pernah gunakannya untuk beberapa kali), harga aku beli RM185 sebiji. Manakala untuk tayar belakang aku gunakan alihkan TOYO NanoEnergy 3 yang asalnya di posisi depan.
Aduhai.. kalau ikutkan hati memang aku tak berapa berkenan nak kahwinkan tayar. Sebab material, load speed dan features dah berbeza.
Tapi nak buat macam mana.. disebabkan budget terhad, as long as dapat pair depan dengan depan, belakang dengan belakang pun kira okay la kot. Hehehe