in ,

Kahak Hilang Selepas Jalani Rawatan Sonotron


Pada mulanya dah rasa macam tak ada option lain selain hantar Haziq ke KPJ Kajang apabila dia secara tiba-tiba kerap muntah dengan banyak. Nak kata tersalah makan, macam bukan. Sebab dia tak makan benda lain, selain minum susu dan makan nestum saja. Kalau ada makanan lain pun i.e biskut atau buah, itu pun diberi dengan kuantiti yang sedikit.

Tapi.. untuk muntahnya kali ini, aku yakin tersalah makan bukan puncanya. Keracunan makanan, jauh sekali. Sebab siang tu memang aku tahu dia makan apa. Cuma, apa yang aku perasan.. dalam muntahnya itu ada cecair kahak pekat yang agak banyak.

Selsema?

Yes. Memang dalam tempoh 3-4 hari sebelum ini dia ada selsema. Tapi, selsemanya tu makin beransur pulih. Dan oleh sebab itu, aku tak menolak andaian sekiranya dikatakan kahak pekat yang wujud itu datangnya daripada selsema Haziq yang sebelum ini.

Nak dijadikan cerita.. Teringat aku akan cerita Ben Ashaari tentang anaknya, Zahra yang pernah ada masalah berkahak sebelum ini, hati aku tergerak untuk bertanyakan pada Ben berkenaan dengan tempat untuk membuat rawatan kahak itu.

Almaklumlah.. Haziq ni kalau dibawa ke KPJ Kajang confirm kena tahan wad. *Seriously, daddy dan ibu dah semacam trauma kalau nak bawa Haziq ke sana. Bukan trauma apa, tapi sebenarnya trauma takut kena tidur dekat wad. Ha ha ha. Seboleh-bolehnya.. kalau boleh elak, nak dielakkan. Tidur kat rumah.. lagi best oo.

Katanya Ben, masa Zahra berkahak dulu.. dia dibawa ke Pusat Rawatan Sonotron Tawakal Bangi.

Jauh? Tak. Dekat je tempat ni dengan rumah aku. Dekat Seksyen 8. Kawasan berdekatan dengan butik Fareeda.

Maka, disebabkan niat untuk mengelakkan Haziq daripada ditahan di wad itu tinggi. Aku dan isteri mencapai kata sepakat untuk mencuba rawatan alternatif ini pada Haziq.

Dipendekkan cerita yang panjang.. Temu janji ditetapkan pada petang itu juga.

Rawatan diberikan pada Haziq dengan bantuan sejenis alat berbentuk “pistol” besar yang dihalakan pada dada, leher, dan bahagian belakang badan. Walaupun kedengaran bunyi yang dikeluarkan oleh alat tersebut agak sedikit kuat dan berdengung, tapi boleh nampak Haziq selesa sepanjang rawatan dijalankan.

Tenang saja.

Untuk satu sesi, rawatan dijalankan selama 10-15 minit. Harga per sesi pula hanya RM35, tak kira kanak-kanak ataupun dewasa.

Sejujurnya, kalau ditanya adakah masa sebelum datang tu.. adakah aku percaya 100% rawatan sonotron ini mampu memulihkan Haziq?

Jawapannya, pada awalnya aku musykil juga. Pada hemat aku, takkan la sebuah “pistol” dapat menghilangkan kahak Haziq yang pekat.

Tapi itu la orang kata.. You never know until you try it yourself. So, selepas rawatan dilakukan.. sepanjang masa selepas Haziq dibawa pulang kerumah, hanya sekali Haziq “muntah lagi”, yang mana aku percaya muntah tersebut hanya di trigger-kan oleh batuk yang mungkin buatkan Haziq tak tahan nak muntah.

Selepas daripada itu? Dah tak muntah. Hingga ke saat entri ini diterbitkan. Yeay! Syukur Alhamdulillah.

Nota: Percubaan kedua menggunakan rawatan terhadap Khair juga menampakkan kesan positif terhadap batuknya. Kalau tak sebelum ini hampir setiap malam kena sedut inhaler. Tapi lepas buat rawatan Sonotron. Jarang sikit dah. Mungkin kena repeat Sonotron lagi 2-3 kali untuk kesan yang lebih baik.

Disclaimer: Namun, aku tak menjaminkan keberkesanan rawatan Sonotron ini kepada orang lain. Tapi, sekiranya korang berminat untuk mencuba boleh cuba untuk tetapkan tarikh temujanji dengan menelefon mereka terlebih dahulu.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

7 Comments

Leave a Reply
  1. teringin nak cuba sonotron ni dulu, tapi disebabkan ragu2 jugak keberkesanan dia, tak tercuba lagi sampai sekarang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *