Aku ada 3 keping kad lebihan TnG. Tambah dengan satu lagi kad yang aku selalu pakai, maka jumlahnya ada 4. Dan kalau ikutkan expiry date kat belakang kad tu pun, kesemuanya masih lagi boleh digunapakai untuk satu tempoh masa yang lama. Sehingga tahun 2023, 2026 pun ada.
Tapi.. itu tarikh yang tertera di kad. Sebaliknya? Expiry date yang tertera tu tak boleh pakai pun. Kenapa? Aku pun tak pasti, tapi for sure aku rasa ada syarat-syarat lain yang perlu dipatuhi sebelum kita boleh extend availability kad sehingga tempoh tersebut.
Sebab, realitinya dah 3 kad TnG aku yang masih lambat lagi nak expired pun dah tak boleh nak guna pakai. Ikutkan logik, tahun ni baru tahun 2018. So, masih berbaki beberapa tahun lagi sebelum ianya obsolete. Betul tak?
Sedarnya aku pasal isu kad TnG tak boleh pakai ini, bilamana semalam kad TnG yang aku selalu guna tu dah hilang – Puncanya, haziq. Kat mana dia main letak pun aku tak sure. Yang aku tahu, pagi ni cari kad tu memang dah tak jumpa. Hahaha.
Dan nak dijadikan isu, bila kad yang selalu aku guna tu dah hilang.. mesti la aku nak guna kad TnG yang extra ni kan. Maka, sebelum aku gunakan kad-kad TnG extra ni, aku cuba link-kan kad-kad tersebut kedalam aplikasi Touch ‘n Go untuk kemudahan semakan baki TnG terlebih dulu.
Tapi.. nak tau apa jadi? Kad pertama.. faulty. Kad kedua.. faulty. Dan kad ketiga juga.. faulty.
Demm.. apa kejadahnya ada kad lebih kalau semuanya faulty. Dah la pagi-pagi aku kelam-kabut nak pergi kerja. Tiba waktu ini pulak, kad pulak buat hal.
Dengan rasa bengang aku terus ke Petronas berdekatan, tanya sales attendant untuk cuba topup balik salah satu kad lama in case kad kembali aktif lepas dah topup. Tapi, rupa-rupanya..
“Maaf cik, sistem kata kad ni dah blacklisted.”
Demm.. what the heck! Apa aku nak buat ni? Masa dah makin suntuk. Kalau terlajak sikit lagi ni, confirm wife aku lambat masuk kerja. Adoyai. Benda sepatutnya memudahkan, dah jadi menyusahkan.
Tengah-tengah stress, tiba-tiba teringat dalam wallet ada MyKad. Dan mujur bila ditanya sales attendant sama ada boleh topup MyKad ke tak, dia kata boleh.
Aku hulur RM20, dia cuba dan akhirnya..
Yes.. Alhamdulillah. Berjaya.
Nasib baik MyKad boleh guna. Kalau tak lagi tarik muncung puan isteri. Hahaha.
By the way, ketidakpuasan hati masih menebal. Aku ada search pasal kad faulty TnG di forum-forum online. Ada yang berkongsikan maklumat bahawa kad perlu aktif digunakan, atau *paling kurang 12 bulan sekali kena tambah nilai untuk elakkan dinyah-aktif – Clause 2.5.1.
Adoyai.. mana ada orang nak baca TnC ni. Lebih-lebih lagi bila kena baca online pulak tu. Masa beli takde bagitahu pun, just bayar dan ambil kad. Dan.. kalau dah macam tu. Apa fungsi letak expiry date kat kad. Baik letak je terus notis kecil kat situ.. “Your card will be deactivated/blacklisted if not used more than 12 months“. Gitu kan mudah. Hampeh sungguh T&C gini. Dalam situasi aku dah jadi menyusahkan pengguna. Duhhh!
nasib baiklahh ada MyKad.. dalam masalah sebgini .. apa-apa boleh jadi.. tiba-tiba dapat ilham pla.. ahahhaa
ohhh,patutlah kad TNG ina takleh guna tuhari.Tak pikir langsung pasal MYkad ni..ermm. Tengs.. pasni memang ingatlah.