in ,

Kad Raya, Kad Kahwin.. Penting Lagi Ke?


Ramadhan dah dekat, feel nak raya tu dah mula muncul dalam diri. Tahu tak selain baju raya ataupun balik kampung, benda apa lagi yang mampu menaikkan lagi semangat aku untuk beraya? Biskut raya? Tak.. sebab aku tak layan sangat biskut raya. Duit raya? Tak jugak, sebab bila dah kawin ni aku dah tak peluang nak dapat duit raya. Hahaha. Cuti raya? Ada la sikit.

Kad raya? Yes.. kad raya memang menaikkan semangat aku untuk beraya.

Rasanya generasi sekarang dah kurang cakna pasal kad raya ni, almaklumlah bila teknologi dah makin berkembang pesat. Sekarang ni orang ramai kalau nak wish selamat hari raya pun dah selesa pakai WhatsApp, tak kurang juga SMS.

Tapi korang tahu tak apa kekurangannya bila korang hanya wish raya menggunakan teknologi sedia ada ni je?

Well.. bagi pendapat aku, feel dia tu lain guys. Feel excited dapat pegang kad raya fizikal tu bagi aku berbeza dan lagi best daripada baca SMS ataupun WhatsApp. Aku tak tahu macam mana perasaan korang kalau tak dapat kad raya. Tapi bagi aku bila tak ada kad raya, semacam tak dapat nak complete mood raya.

Kalau zaman dulu korang boleh bayangkan bila tibanya bulan Ramadan, masing-masing dah menunggu posmen datang ke rumah. Bila mana posmen lalu je depan rumah, masing-masing jadi gelabah biawak tunggu tepi tingkap. Menanti posmen berhenti, hulur kad.. terus.. Wow! terkesima. Aku dapat kad raya. Perasaan seronok dan excited tu tak dapat digambarkan. Dalam hati rasa berbunga-bunga.

Bila dapat sentuh kad, dapat tengok sendiri apa yang pengirim tulis dan paling best, kalau masa tu tengah bercinta dengan awek.. dapat pulak awek bagi kad yang wangi. Pehh.. perasaan tu guys.. rasa macam awek duduk kat sebelah je. Hahaha

Situasi ni lebih kurang sama juga macam kad kahwin. Jika dibandingkan penggunaan kad kahwin fizikal dengan kad kahwin digital, sejujurnya bagi aku kad kahwin fizikal memainkan peranan yang lebih penting dalam mengeratkan silaturrahim. Ia bukan sekadar mewujudkan feel, tapi apabila seseorang itu menerima kad kahwin secara fizikal ni.. seolah mereka lebih dihargai.

Contoh kad kahwin

Situasi sebegini actually antara perkara yang perlu diutamakan terutamanya pada golongan yang dah berumur macam pakcik, makcik, atok atau nenek saudara. Well.. Korang sendiri dah pernah baca luahan sesetengah individu di laman-laman sosial kan, bilamana ada generasi muda sekarang yang berkahwin tapi sebelum majlis perkahwinan diorang tak datang ke rumah untuk jemput guna kad kahwin pada makcik, pakcik, sedara mara dan sebagainya.. kemudian golongan makcik-makcik serta pakcik-pakcik bawang yang sensitif ini akan mula mengata belakang.

Orang tua guys.. kalau dah terasa hati. Payah nak pujuk. Hahaha.

Ya.. perkara sebegitu berlaku kerana diorang merasakan semacam diri mereka tak dihargai malah tak dihormati sebagai orang yang lebih tua. Benda semudah kad kahwin ni walaupun nampak remeh, tetapi sebenarnya trust me ia mampu mengelakkan daripada situasi sebegini daripada berlaku. Hohoho.

By the way, kalau generasi sekarang concern pasal kos printing kad.. itu sebenarnya tak menjadi masalah pun kerana penyedia perkhidmatan percetakan kad perayaan sebegini ada bermacam-macam jenis di luar sana. Malah terdapat banyak pilihan sama ada korang nak yang murah atau yang mahal, nak yang jauh ataupun yang dekat.

Tapi kalau jauh sekalipun, bukannya susah. Penghantaran melalui PosLaju ataupun courier sedia menanti. Cuma perlu sediakan ongkos je. Hehehe.

Tempah kad raya atau kad kahwin dengan Gogoprint

Dan apabila bercerita mengenai penyedia perkhidmatan atau servis percetakan kad-kad raya, kad kahwin, ataupun bisnes kad ini, sebenarnya ada satu laman web yang dah berjaya menarik perhatian aku. Dimana laman web tersebut yang dinamakan Gogoprint, menyediakan perkhidmatan secara atas talian.

Not bad la sebenarnya. Selain daripada percetakan kad-kad yang aku nyatakan diatas, mereka juga boleh buat risalah, bunting, payung dan bermacam-macam lagi. Yang menariknya selain membuat pesanan secara online, korang hanya perlu memuat naik rekaan ataupun gambar yang ingin dicetak secara terus melalui laman web ini tanpa perlu menghadirkan diri ke kedai sekiranya ingin membuat tempahan.

Mudah wei. Jimat masa, jimat tenaga. Tetapi dalam masa yang sama masih mampu mendapatkan apa yang diinginkan seperti kad raya atau kad kahwin yang aku ceritakan diatas. So untuk melihat laman web yang aku maksudkan, korang boleh layari gogoprint.com.my.

Bagi aku hasil kerja diorang quite good dan harga pun tak mahal mana. Selain itu mereka turut menyediakan penghantaran secara percuma. Maka, tak hairanlah mengapa mereka pernah tersenarai di beberapa portal terkemuka tempatan seperti Techcrunch, malaymail dan vulcanpost.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *