Kabel Fast Charging Android

Nak dijadikan cerita, minggu lepas Khair rosakkan kabel charger henfon aku. Entah macam mana dia buat pun aku tak tahu. Tapi yang pastinya, kepala charger micro usb tu tercabut daripada kabel.

Dah lah dekat rumah aku ada 2 je kabel charger. Satu untuk kegunaan aku, satu lagi untuk wife.

Bila dah rosak yang aku punya, nak tak nak terpaksa berkongsi sementara cari pengganti.

Teringat di pejabat ada rakan yang jual kabel charger secara part time, terus aku roger beliau. Ye lah, support bisnes kawan-kawan.. Lagipun kabel charger yang dia jual memang bagus, fast charging. Aku dah pernah beli satu dulu. Charge henfon, lebih kurang sejam je bateri dah penuh.

Remax Fast Charging cable

Tu dia.. warna kuning. Striking gila. Asyik beli warna putih hitam je, bosan. Sekali sekala tukar mood. Hahaha.

Kabel charger Remax Android

Satu kelebihan kabel charger ni, sebab kabel yang digunakan jenis flat dan mudah lentur. Maksudnya apabila korang bengkokkan secara ekstrem pun tak perlu risau akan putus atau rosak.

Berbaloi beli sebab harga pun murah. Hehehe.

p/s: Nasib baik ada kabel charger yang boleh lentur macam ni. Kalau jenis kabel charger jenis yang lama bulat tu, mungkin aku akan balut macam kabel Macbook juga supaya tahan lebih lama. Hehehe.

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

13 Comments

Leave a Reply
  1. Phone aku tak boleh pakai kabel usb lain. kena pakai kabel yg ori harga rm50.

    yg bagusnya, kabel usb lain yg dari phone samsung gagal detect phone kalau connect phone ke pc.

    takde masalah ngan kabel yg aku guna. skrg aku ada 3 kabel yg sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Berniaga Tanpa Modal

Cut Cost.. Cut Cost! Candy Egg Murah