Cafe ini bukan sebarang cafe, tapi cafe ini cafe hipster yang mementingkan nutrisi pemakanan pelanggannya. Diberi nama K4M1 Lounge, ia baru sahaja dibuka oleh seorang pemuda yang berwawasan tinggi, Malique namanya.
Terletak di StarParc Point, Jalan Genting Klang berdekatan dengan Uptown Danau Kota, cafe ini dilancarkan dengan tema yang jarang-jarang orang ketengahkan.
Tema, yang menggabungkan budaya hidup muda-mudi masa kini serta amalan pemakanan nutrisi seimbang.
Vape + Makanan orang sado-sado (yakni makanan yang selalu dikaitkan dengan pemakanan orang-orang yang gemar ke gym).
Melalui kunjungan kali pertama aku kesini tempoh hari, ketibaan aku disambut mesra oleh pemiliknya.
Tidak lokek dengan senyuman malah pasangannya yang turut hadir membantu di cafe juga mudah mesra melayan pelanggan, membuatkan aku merasa selesa ketika berkunjung kesini.
Perkara pertama yang menarik perhatian, apabila kelihatan satu lukisan mural didinding luar cafe K4M1.
Vape Culture.. Yang membawa maksud cafe ini juga diwujudkan untuk menjadi pusat sehenti golongan vapers. Cantik, kreatif!
Manakala susun atur rekaan bahagian dalamnya pula bersih dan unik dengan susunan botol-botol flavour vape yang membentuk logo “K4M1“.

Hinggakan selangkah anda ke dalam cafe ini terasa seperti ia memberi satu perasaan yang “premium dan eksklusif”. Bagaikan diri seorang VVIP memasuki ruang legar hotel ternama.
Makanan berkhasiat di K4M1 Lounge
Penawaran menu makanan disini banyak memberi penekanan kepada aspek kesihatan pelanggan.
Tidak perlu pelik sekiranya anda melihat menu-menu yang dihidangkan, dihiasi dengan senarai-senarai nutrisi yang terkandung didalam setiap menu.







Nampak sedapkan?
Ya.. Memang sedap.
Berbeza dengan menu-menu makanan kesihatan yang selalu anda jumpa diluar, setiap menu yang disediakan disini mempunyai keenakannya yang tersendiri. Dimasak dengan resipi khas bagi menepati citarasa “orang kita” disamping menjaga diet pelanggan.



Manakala harga yang ditawarkan juga tidak mahal, bagi setiap menu harganya tidak mencecah harga RM20.

Disamping itu, menu minumannya juga menarik. Tidak menggunakan gula sebagai pemanis, malah digantikan dengan stevia ataupun manis yang datang bersama-sama buah-buahan yang digunakan sebagai pelengkap rasa.

Jadi, jika anda terasa seperti telah minum bergelas-gelas Ice Blended Caramel ataupun Strawberry Smoothies, jangan risau.. Peratus anda terkena kencing manis, tersangatlah rendah.


No wonder tagline mereka “Makan Tanpa Rasa Bersalah“. Semua menu dah well prepared sebagai healthy food.
Cafe K4M1 Sebagai Cafe Vape Premium
Seperti yang telah aku nyatakan diatas, cafe ini juga melibatkan budaya “vape” sebagai salah satu konsep yang diketengahkan.
Sesuai dengan tujuan utama mereka untuk mencipta satu cafe yang mementingkan kesihatan, aku sedikit sebanyak bersetuju dengan apa yang dibawa oleh mereka.
Ini kerana, disamping mempromosikan perniagaan mereka dalam penjualan mod dan e-liquid, secara tidak langsung cafe ini mempengaruhi seseorang yang merokok untuk beralih arah kepada vape.
Ya.
Jika dibandingkan antara vape dan rokok, vape is much safer. Rokok, mempunyai ribuan bahan toksik yang boleh memudaratkan badan. Manakala vape adalah sekadar wap air.
Jadi boleh dikatakan proses peralihan seorang perokok kepada vapers itu mampu mengelakkan perkara-perkara yang tidak menyihatkan berlaku (disamping pengambilan makanan yang berkhasiat).
K4M1 Lounge, selain daripada menjual e-liquid kepada golongan vapers, turut menjual koleksi merchandise jenama mereka iaitu “K4M1” kepada umum. Malah, mereka juga menjual mod-mod premium yang berkualiti tinggi untuk dijadikan koleksi peribadi.
Ada diantaranya mencecah hingga ribuan ringgit dan didatangkan dengan nombor siri tersendiri.
Blok E-01-01, Ground Floor,
StarParc Point, Jalan Taman Ibu Kota,
off Jalan Genting Kelang,
53300 Malaysia
Waktu beroperasi: 10.00 pagi hingga 11.59 malam
Selain daripada itu, jika ada diantara anda yang berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat berkenaan dengan pemakanan seimbang, boleh juga singgah ke sini kerana.. En. Malique, merupakan bekas trainer yang pernah berkhidmat di salah sebuah gym yang terkemuka di Malaysia. Thumbs up beb.
Nota: Untuk maklumat lanjut mengenai K4M1 Lounge, anda boleh ke laman Facebook mereka di www.facebook.com/k4m1malaysia ataupun Instagram di @K4M1lounge.
Susah gak nak sebut nama cafe ni.. Tapi kalo sebut cafe KAMI ok je kan. Hispter sgt nama cafe ni.. Nak ajak jai g sana la, mesti dia teruja sebab kaki vape
mmm…. menarik! Makan tanpa bersalah memang rare! hehee . . . .
Kena bawak hubby makan sini.. nanti terjah
Mata tgk abam sado tu je. eh..
Smart cara hidangan dekat Cafe ni… Pakai tray yang betul-betul match dengan setiap sajian… Memudahkan pelanggan nak makan..
Wow…cafe yg sgt menarik….kena terjah gak ni…tq piz for info..
hipster pun hipster asal makan rasa selera dan selesa 🙂
Tempat menarik tuk lepak. Masuk dalam list cafe-to-go. Huhu
Lezat nampaknya hidangan dan menu yang disajikan di cafe ini … Bolehlah saya singgah kesini …..
Unik juga, mungkin cara ini boleh mengetengahkan cara pemakanan sihat untuk golongan belia yang biasanya cenderung memilih makan makanan segera. 😀