in

K-Pop? Big Bang? Apa tu?


Seriously, sebelum ni Hafiz memang clueless K-Pop tu apa. Baru hari ni je tahu, itu pun sebab adanya BIGBANG Alive Galaxy Tour 2012 (bukan teori Big Bang ye). Bagi yang memang follow K-pop ni, diorang memang dah aware pasal konsert BIGBANG. Disebabkan BIGBANG ni lah, membuatkan ramai aweks-aweks yang fanatik K-pop akan mengalami histeria pada 27 oktober nanti.

Ditambah pula dengan tarikh jualan tiket secara online di AirAsia RedTix dan Ticketcharge yang akan dibuka pada 28 Julai nanti, sampaikan aweks-aweks kat office Hafiz sendiri tak senang duduk diam. Takut tiket sold out dalam masa 10 minit macam kat Singapore tempoh hari.

Keadaan kat office tak usah cerita la, lagu-lagu yang dipasang kat PC, ringtone handphone, tengok movie..semuanya bertemakan K-pop. Aiyok..rasa macam duduk kat korea je.

Apa-apa pun alang-alang dah sebut pasal K-pop ni biar Hafiz attach sekali detail seating dan harga tiket konsert penyanyi-penyanyi bermata sepet ni.

Harga yang agak mahal, tapi apedehal..Minat Kpop punya pasal Rm700 pun sanggup. Bak kata seorang kawan Hafiz kat office ni, diorang perform kat Malaysia bukan selalu. Aduh..tepuk dahi. Kang tahun ni ada yang tak berbaju raya. Hehehe.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

5 Comments

Leave a Reply
      • Kalau macam tu, Flo-rida dengan Ludacris tu “ada sexuality conflict” kot sebab diorang collaborate dengan Big Bang. Ludacris siap hantar custom-made headphones (produk keluaran dia) kat Big Bang lagi suruh diorang pakai/promote.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *