Hujung minggu kalau korang nak keluarkan peluh dengan aktiviti yang lain dari lain, korang boleh cuba pergi Jump Street Asia.
Lokasinya yang terletak di Petaling Jaya, didalam kawasan kilang Bosch dimana terdapat satu warehouse khas yang diubahsuai bagi memuatkan fasiliti sukan lasak ini.
Seriously, aku pun baru je tahu beberapa hari yang lepas selepas dijemput kesana bersama beberapa orang rakan blogger yang lain. Mengambil kesempatan yang ada, aku turut membawa Khair untuk didedahkan dengan aktiviti sukan trampolin ini.
Untuk makluman, jika korang ingin berkunjung kesini, harga tiket yang ditawarkan bagi setiap individu dikira per hour, dimana kadar bayaran untuk setiap jam adalah RM27 (untuk peak days; Khamis hingga Ahad dan cuti umum) manakala RM22 (bagi hari biasa; Isnin hingga Rabu).
Nampak seperti mahal kan?
Tak juga sebenarnya. Dengan kemudahan yang cukup selesa, aku rasa dah memadai dengan apa yang korang bayar. Lagipun, sekali korang dah jejakkan kaki bermain sukan ini.. memang seronok gila!
Apa yang korang boleh buat disana?
Dan yang paling best..
Bagi aku, dengan peruntukan masa yang diberikan satu jam bagi setiap orang, ianya lebih daripada mencukupi untuk korang memecahkan lemak-lemak degil pada badan. Based on my experience last week, penatnya dah macam penat main futsal. Semputttt! Hahaha.
So, bagi korang yang berminat untuk mencuba sukan trampolin ini, bolehlah terjah kesana ye. Nak lagi happening, ajak sekali ahli keluarga ataupun sahabat handai. Sure best. 🙂
Maklumat lanjut, layari www.jumpstreetasia.com
okeh.
macam best aje main benda nih.
Suami mesti nak try main ni..
Main slamdunk tu nampak macam best. Ada nampak permainan macam ni kat IOI Mall Putrajaya
wah seronoknya, part pecah lemak paling best
widih keren nih keren