Jubah Untuk Lelaki Kacak

Raya dah lepas dah. Hari ni baru tergerak hati nak update pasal jubah raya yang aku beli tempoh hari. Punya lah busy kan, sampai terbiar macam tu je blog beberapa hari ni. Hahaha.

By the way, cerita jubah raya..

Model Jubah Arab

Tahun ini merupakan tahun pertama aku beraya dengan menggayakan jubah sebagai baju raya aku. Sebelum-sebelum ni tempah je baju melayu dengan saudara mak aku.

Tapi disebabkan kos nak tempah makin lama makin mahal, lepas tu pulak sekarang ni memang trend orang bergaya dengan jubah.. terus niat nak beli jubah tu makin membuak-buak.

Tengok gaya aku pakai jubah.. Hensem.

Model Jubah UAE Kandura

Sekali minah arab pandang, confirm tangkap cintan. Hahaha.

Jubah ni aku beli dekat belakang Warta Bangi je. Ada satu kedai yang memang khas jual jubah. Macam-macam jenis ada. Harga yang aku beli ni tak mahal, RM90. Style jubah UAE (Kandura), ada rambu-rambu dekat butang leher. Kain sejuk dan licin. Memang puas hati lah pakai.

p.s: Next year macam nak kekalkan pakai jubah je kot. Selesa weh.

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

4 Comments

Leave a Reply
  1. Eloklah bro.. Dah mula memakai Jubah.. Saya tengok ramai rakan-rakan saya pun dah ikut jejak langkah Bro memakai Jubah… Semoga perkara yang baik macam ni, dapat menjadi ikutan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Durian Murah Sg.Chua

Duit Raya JDR