in

JPJ Lancar Talian WhatsApp Untuk Pengguna Laporkan Kesalahan Jalan Raya


Tinggal beberapa hari lagi nak raya. Mesti ramai yang dah tak sabar nak balik kampung kan? Well.. satu pesanan khidmat masyarakat untuk semua. Nak balik kampung nanti, korang sila hati-hati ya.

Kesesakan lalu lintas itu susah semestinya ada. Cuma, pastikan diri tidak terlalu mengikut perasaan kerana mungkin ada mata yang memerhati. Hohoho

Kalau sebelum ini viral di laman sosial tentang video-video pemandu yang memotong barisan menggunakan lorong kecemasan, kini pihak JPJ telah memberikan respon mereka dengan mewujudkan satu talian WhatsApp khas untuk laporan kesalahan pengguna.

Talian khas yang bernombor 011-5111 5252, diwujudkan bagi membolehkan pengguna menghantar rakaman video dan gambar akan salah laku pengguna-pengguna jalan raya ketika pulang ke kampung nanti.

Turut diperlukan ketika korang menghantar rakaman video atau gambar, ialah lokasi dan waktu kesalahan dilakukan.

Hohoho.. hati-hati guys. Pandu cermat, jiwa selamat. Pandu berhemah, poket selamat. Hee 😉

Baca juga: Cara mudah untuk menyemak info trafik semasa

Sumber rujukan: NST


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *