in

Jom Belajar Buat Duit Dengan Blog


Alhamdulillah. Berbekalkan baki tiga hari lagi sebelum special price ke Seminar Buat Duit Dengan Blog berakhir, sempat juga Hafiz mendaftarkan diri sebagai salah seorang peserta seminar anjuran Denaihati Network.

Sebenarnya sudah lama Hafiz berniat untuk mendaftarkan diri, seawal iklan seminar ini dibuka kepada umum bulan lepas lagi. Tetapi disebabkan status kewangan yang terhad dan ada beberapa komitmen yang perlu didahulukan, terpaksa Hafiz tunggu hingga ke saat akhir.

Sedikit info yang Hafiz boleh kongsikan kepada blogger-blogger yang masih belum ataupun teragak-agak untuk mendaftarkan diri.

Saban hari blog-blog baru muncul bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Tak kisah sama ada sesebuah blog itu blog personal ataupun 1001 jenis blog yang lain, matlamatnya cuma satu iaitu menyampaikan cerita ataupun maklumat kepada pembaca. TETAPI..Tahukah korang bahawa sesebuah blog itu juga boleh dijadikan sumber pendapatan seharian?

Lihat sahaja blog ini, blog ini dan juga blog ini..Blog-blog yang dinyatakan merupakan diantara blog didalam negara yang telah berjaya menjana wang ribuan ringgit hasil daripada berblogging. Dengan menggunakan cara yang betul, tidak mustahil korang juga boleh melakukan perkara yang sama. Dan sudah semestinya untuk mengetahui cara-cara yang betul adalah melalui pembelajaran di Seminar Buat Duit Dengan Blog ini kerana pada hari tersebut sudah pastinya speaker-speaker yang merupakan top blogger Malaysia akan berkongsi tips dan cara-cara yang telah dipraktikkan oleh mereka sendiri bagi menjana wang melalui blog secara pasif.

Tak rugi sekiranya korang mengeluarkan sedikit wang untuk mendapatkan ilmu yang berguna bagi diri sendiri. Anggap sahaja itu sebagai pelaburan jangka masa panjang. Seminar ini akan diadakan pada 19 Mei 2013 (Ahad) jam 8.30 pagi hingga 1.30 petang, bertempat di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Untuk pendaftaran boleh layari web Akademi Denaihati.

Jangan ketinggalan, inilah masanya untuk melebarkan network dan menjenamakan blog korang ke satu tahap yang lebih tinggi, Jumpa di sana ye.

p/s: Name card dah ready, tinggal nak distribute kat blogger-blogger gadis je.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

36 Comments

Leave a Reply
  1. untungla asyik muka hafiz jer pergi event denaihati 🙂

    *jangan lupa dkna pon gadis gak..nak card 1 😛

  2. ini kalilah denaihati membuat projek yang patut disertai oleh setiap blogger, tapi malangnya aku cakap sahaja hehe

  3. terima kasih tak terhingga bro menyokong dan iklan kan seminar buat duit dengan blog, insyaAllah jumpa disana nanti.

  4. hotel dah tempah..bayar pun sudah untuk seminar tu…tapi pergi ke tak,tak tahu lagi..ngah standby..sebab mak mentua sakit kat JB tu..

Leave a Reply to hafizrahim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *