12 tahun dah usia kereta aku, tapi ini kali pertama aku bawak kereta ke bengkel aircond sebab aircond kereta aku dah kurang sejuk. 12 tahun guys.. bukan satu tempoh masa yang singkat. Kagum gila aku dengan kereta Toyota Vios ni.. sistem dalaman boleh kata semua lasak dan tahan lama. Sesuai dengan aku jenis poket kurang tebal. Hahaha.
Actually, aircond vios aku kurang sejuk ni dah perasan beberapa minggu dah, cuma dalam seminggu yang terakhir ni, kurang sejuk tu makin ketara hinggakan anak aku, Aidan, tidur dalam kereta berpeluh basah rambut macam baru lepas mandi swimming pool. Hohoho.
Kebetulan wife pun ada duit extra, dia willingly untuk sponsor repair aircond kereta vios aku tu. Of course aku sebagai suami yang prihatin.. tiberrr.. terus buat carian dekat Google dan FB berkenaan kos dan barang apa yang patut diperiksa waktu repair nanti.
Few suggestions yang aku dapat daripada group vios TRD di Facebook, ada diantaranya yang mengatakan masalah yang aku hadapi berkemungkinan besar berpunca daripada cooling coil yang dah tersumbat dan reput. Jadi untuk mengembalikan kesejukan dalam kereta, aku kena tukar cooling coil yang lama itu kepada yang baru dimana anggaran kos adalah kurang lebih RM800.
Survey punya survey, aku terjumpa satu bengkel di Bangi yang menawarkan harga yang seakan sama seperti yang di suggestkan netizen di group FB. Jadi, 3hb Oktober 2023 adalah appointment aku dengan pomen bengkel tersebut untuk membuat penukaran cooling coil yang dimaksudkan.
Setibanya aku di bengkel, pomen tersebut pun mula soal itu ini.. nak dijadikan cerita, selepas dengar sedikit sebanyak penerangan aku pasal masalah aircond kereta, dia pun bagi cadangan. *aku olah balik ayat yang dia cakap, sebab aku lupa dah ayat dia yang betul. Hahaha
“Kereta abang ni kurang gas je. Apa kata abang topup gas je. Lepas tu masukkan fluorescent UV liquid.. UV liquid ni dia untuk detect kebocoran. Dalam masa yang sama jugak dia bantu untuk tutup lubang leaking kalau yang jenis kecil-kecil tu. Daripada pengalaman saya, aircond kereta abang ni memang ada leaking, cumanya leaking-nya kecil dan tak tahu kat mana.”
“Tapi kalau abang nekad nak suruh saya tukar cooling coil, saya boleh buat. Cumanya bila dah dah dibuatnya tukar cooling coil tapi masih tak selesaikan aircond kereta abang tak sejuk.. nak kena check dan repair benda lain pulak. Kan dah makan modal. Compare dengan abang topup gas aircond, masukkan UV liquid.. modal baru RM80 + RM50.. RM130. Kalau nasib abang baik, lepas topup gas dah elok.. untung abang tak payah bayar mahal-mahal” katanya.
Cadangan daripada dia terus membuatkan aku berfikir sejenak, betul jugak apa yang dia kata. Benda boleh jimat, kenapa perlu ambil risiko untuk bazirkan duit. Memanglah tukar baru akan dapat barang baru, tapi kalau masalah tak selesai.. nak kena tambah duit lagi. Hohoho.
So lepas berdiskusi dengan wife melalui panggilan telefon, aku tukar keputusan. Aku ikut je apa yang pomen suggest. Topup dulu gas, tambah UV liquid.. dalam masa yang sama, aku suruh terus dia tukar radiator adaptor 3 way.. sebab dekat radiator hose aku tu dah leaking teruk juga dan anytime benda tu boleh burst dan pecah. Risiko tinggi untuk engine kereta aku overheat.
Bajet kat dalam tangan pun ada RM800.. tolak modal buat topup gas RM130, aku still ada duit extra untuk betulkan barang lain-lain yang patut.
Masa ni pomen vacuum sistem aircond vios aku.. Menggunakan mesin ni jugak dia topup gas aircond. Canggih.. 1 mesin je boleh buat 2 kerja.
Ini radiator adaptor 3 way aku yang lama.. material plastik. So bila kereta dah lama, dia mula la mereput. Tukar baru pakai besi terus, lagi tahan. Perasan jugak dalam group vios kat FB ramai dah bertukar kepada besi. tukar 1 set sekali radiator hose jenis silicon. Kereta aku.. pakai balik je radiator hose yang lama. Sebab pomen kata masih boleh pakai.
So dah buat dua kerja ni.. topup gas aircond dan tukar radiator adaptor 3 way, dalam sejam lebih jugak ambil masa untuk siap semuanya. Bagi aku, kira laju tu. Campur aku borak-borak ngan pomen, tunggu spare part sampai ke bengkel.. jauh beza dengan tempoh menunggu kalau repair kereta dekat service center. Hohoho.
Untuk kerja-kerja ni pomen tu pun caj aku tak tinggi.. RM130 (topup gas) + RM150 (radiator adaptor 3 way ) + RM35 (aircond cabin filter).. Jadinya kos keseluruhan, RM315 sahaja.
Owh mesti korang tanya kan, kenapa tiba-tiba ada tambah tukar aircond cabin filter pulak.. sebabnya aircond cabin filter lama dah berdebu teruk. Nak cuci macam renyah sangat. Benda orang pakai buang, takkan nak cuci. So, alang-alang dah berdebu teruk tu kasi tukar je yang baru.. senang.
Sedikit kejutan, bila bukak je cover aircond cabin filter.. ternampak ada gumpalan plastik yang block laluan udara aircond. Istighfar terus pomen bila nampak plastik tu..
Dia tanya aku, macam mana boleh ada plastik ni kat dalam cabin ni. Aku jawab.. entah. Aku pun tak tahu. Hahahaha.
By the way ada yang tanya detail location bengkel mana, ni aku share location diorang. Korang boleh rujuk map kat bawah.
Nota: Dah nak masuk 3 minggu selepas topup gas dan tukar minyak compressor aircond vios aku. Sekarang maintain sejuk. Set temperature half pun dah sejuk kemain. Puas hati beb. Heee
Kereta aku tahun lepas aircond tiba2 tak sejuk. Topup gas pun sekejap je sejuk.
Pergi bengkel specialist aircond dia check cooling coil dah reput teruk. Terus buat major servis. Kena RM750.