in

Jimat Duit Apabila Backup Ribuan Gambar Menggunakan Google Photos


Ada masa aku boros tak tentu hala, ada masa juga aku kedekut gila babas. Bergantung kepada situasi, mood berbelanja aku memang susah nak diramalkan. Macam kes pencarian backup storage untuk gambar digital, memang aku sangat kedekut. Nak print kedekut, nak bayar cloud storage 1 sen pun dah rasa macam 1 juta.

Bila tengok banyak service provider yang tawarkan monthly subscription untuk dapatkan certain kuota untuk backup storage, terus dalam kepala otak aku bukan main ligat mencongak kiraan. USD to MYR, Pound to MYR, SGD to MYR.. Demm.. mahal weh. Hinggakan ada yang mencecah ribuan ringgit setahun. Gilo.

Manakala.. Option lain iaitu untuk aku beli dan pasang cloud storage sendiri kat rumah pula tinggi risikonya. Sebab pertama, risiko untuk rugi duit sebab benda alah “personal cloud storage” tu mahal. Kedua, takut benda tu terjatuh lalu merosakkan segala data-data gambar yang tersimpan. Tobat nangis kalau gambar semua corrupted. Hohoho.

Maka.. disebabkan buntu dengan pilihan yang ada, aku up satu status persoalan mengenai situasi yang sedang aku hadapi.

Alhamdulillah, respon diterima. Cuma, dalam banyak-banyak respon yang aku dapat, ada satu yang sangat berbaloi untuk aku praktikkan dan kongsi dengan korang.

Yesza.. perkhidmatan data storage daripada Google sendiri. Benda ni Yana Ujang yang suggest. Actually, aku dah tahu tentang kewujudan servis ni lama dah. Cuma, tak tersangka pulak ia boleh jadi unlimited storage.

What? Unlimited storage?

Yes! Unlimited wei. Dalam bahasa melayu, storan tanpa had. Haa.. jangan gosok mata lama sangat sebab korang memang tak salah baca pun sebenarnya ni.

Akan tetapi untuk mendapatkan storan tanpa had ini, ia didatangkan dengan syarat.

Apa syaratnya?

Ini haa..

Untuk option “Upload size for photos and videos uploaded on the web only” di bahagian Settings, korang kena pilih “High quality (free unlimited storage)”.

Maksudnya disini, instead of korang upload gambar direct dari phone korang ke Google Photos dengan full resolution, gambar-gambar tersebut perlu di-compress terlebih dahulu oleh Google melalui tetapan High Quality ini.

Persoalannya, apabila gambar dah di-compress.. tak jadi pecah-pecah ke?

Good question. Aku sendiri pun pada awalnya tertanya-tanya jugak benda yang sama. Sehinggalah aku dapat jawapan daripada blog phonearena.com. Dalam web itu diberikan contoh-contoh perbandingan gambar diantara full resolution vs high quality.

Kalau korang malas nak jenguk sana, just tengok gambar bawah ni pun okay. Comparison daripada gambar aku yang aku snap.

Cuba slide ke kiri atau ke kanan. Teka yang mana gambar dah compress?

Berdasarkan result yang ditunjukkan, tak ada beza mana sangat pun bila gambar tu dah di-compress. In fact, pada pandangan mata kasar.. memang korang tak dapat agak yang mana satu gambar full resolution atau yang mana satu gambar compress melainkan diberitahu. Kan? Hohoho.

Percubaan aku untuk menge-test “unlimited storage” seperti yang didakwa pula, ada 1000+ keping gambar dalam iPhone wife aku untuk di-backup. Anggaran dalam puluhan GB secara keseluruhan gambar tersebut.

Akan tetapi, selepas selesai proses backup, storage Google Photos menunjukkan angka masih lagi pada 0GB yang menunjukkan tiada penolakan pada kuota sedia ada (masih lagi jumlah penggunaan 0.44GB yang hanya ditolak daripada Gmail dan Google Drive), sedangkan ribuan gambar telah berjaya dimuat naik. Termasuk ratusan video klik Khair dan Haziq yang confirm-confirm mencecah beberapa GB.

Syukur Alhamdulillah. Yeay.. Jimat duit, hati pun ada senang sebab dapat unlimited storage. Rasa lega. Heee.

Nota: Kalau dah pernah guna Google Photos tapi tak pernah tahu wujudnya option unlimited storage, korang boleh login ke akaun Google Photos korang melalui PC/Laptop.. kemudian pergi ke Settings. Kat situ ada option Recover Storage.

Fungsinya untuk compress gambar-gambar yang pernah diupload tapi belum di-compress. Lihat baki storage aku dalam kurungan sebelah perkataan Original tu. Baki storage tak diguna dah naik jadi 9.4GB jika dibandingkan 7.6GB sebelumnya.

Untuk memudahkan proses backup gambar terus dari phone, aku memuat turun aplikasi Google Photos untuk iOS di Apps Store (untuk IOS) atau Google Photos untuk Android di Play Store. Korang kalau nak cuba, pergi lah download. Free je pun.

3 perkara lain yang perlu korang tahu sekiranya menggunakan Google Photos

  • Google Photos ada fungsi auto-sync apabila phone connected kepada WiFi. Tapi kalau korang nak enable kan fungsi auto-sync pada sambungan mobile data pun boleh. Cuma takut jadi tak jimat pulak sebab data cepat habis.
  • Google Photos sediakan fungsi Free Up Space yang bermaksud setiap gambar yang dah di-backup boleh di-delete dari phone.
  • Google Photos ada sediakan fungsi share yang mana korang boleh share melalui social media ataupun copy direct link.

p.s: Selain menggunakan Google Photos, korang juga boleh pakai aplikasi Flickr untuk backup gambar. Cuma aplikasi Flickr tak sebaik hati macam Google, yang mana korang hanya disediakan storage sebesar 1TB sahaja. **Tapi, walaupun 1TB tu agak besar. Aku dah tak berapa suka guna Flickr tu.. sebab nak backup gambar slow. Google Photos lebih laju. Hee


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

9 Comments

Leave a Reply
  1. Selalu risau kalau backup dekat on9 ni. Sebab in case da delete dekat phone sbb storage penuh…dkat google photos ni xkan didelete jgak atau delete skli? Tang tu risau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *