Seriously, baru aku tahu. Deposit pembelian rumah bukan semuanya sama. Berlainan jenis rumah yang ingin dibeli, maka berlainanlah cara bayaran depositnya. Ada yang perlu dibayar terus kepada penjual, ada juga yang perlu dibayar melalui peguam.
Untuk lebih memahami apa yang ingin aku sampaikan, korang boleh baca perkongsian yang dipetik daripada laman Facebook peguam hartanah, Tuan Salkukhairi Abd Sukor.
- Rumah Dengan Pemaju
- Deposit 10% di bayar kepada Pemaju.
- Dibayar setelah SNP ditandatangani.
- Jangan bayar deposit selagi SNP belum ditandatangani (termaktub di dalam Akta Pemajuan Perumahan)
- Kalau loan kerajaan, boleh mintak pertimbangan daripada Pemaju untuk jelaskan bayaran deposit bersekali dengan 1st progress claim, dengan syarat loan anda confirm lulus 100%.
- Jika loan pembeli tak diluluskan, Pembeli hanya bayar 1% sahaja daripada harga jual beli kepada Pemaju.
- Baki 9% deposit dikembalikan kepada pembeli.
- Rumah sub-sale/ kedai
- Deposit 10% dibayar kepada Peguam.
- Jika beli melalui ejen hartanah berdaftar, 3% dibayar kepada ejen, 7% lagi dibayar kepada peguam.
- Deposit dibayar pada masa tandatangan SNP.
- Peguam akan lepaskan deposit kepada penjual dalam masa 7 hari daripada tarikh tandatangan SNP.
- Jika rumah ada sekatan (consent), peguam hanya akan lepaskan deposit kepada penjual setelah consent diperolehi.
- Kalau loan kerajaan, boleh mintak pertimbangan daripada penjual untuk jelaskan bayaran deposit bersekali dengan baki harga jual beli, dengan syarat loan anda confirm lulus 100%.
- Jika pembeli tak jadi beli, atau loan pembeli tidak diluluskan atau pembeli ingkar terhadap terma di dalam SNP, deposit tersebut dilupuskan.
- Jika penjual tidak jadi jual, atau consent tidak diluluskan atau penjual ingkar terhadap terma di dalam SNP, deposit tersebut hendaklah dikembalikan oleh penjual kepada pembeli.
- Rumah lelong
- Deposit 10% dibayar kepada Mahkamah atau Pejabat Tanah (bergantung dimanakah lelongan dijalankan)
- Deposit dibayar menggunakan bank draft sahaja atas nama bank yang melelong
- Deposit akan dikembalikan kepada pembida sekiranya bidaan tak berjaya.
- Tanah lot
- Deposit 10% dibayar kepada Peguam.
- Sekiranya tanah lot dah ada geran individu, Peguam akan lepaskan deposit kepada penjual dalam masa 7 hari daripada tarikh tandatangan SNP.
- Sekiranya tanah lot belum ada geran individu, Peguam akan pegang deposit tersebut sebagai stakeholder dan hanya akan dilepaskan kepada penjual setelah permohonan untuk pecah bahagi dan pengeluaran hakmilik individu diserahkan ke pejabat tanah untuk pendaftaran (bergantung kepada terma yang dipersetujui dalam SNP).
Sumber asal: FB Salkukhairi Abd Sukor
bagus nie…tuk aku lebih faham…tadi je aku baru pergi ambil surat penjanjian nak beli rumah pertama aku…semoga loan lulus dengan jayanya
info menarik ni..
saya sudah mengalami sendiri proses ini..
ohh..macam gitu rupanya ye.
Ada lagi laywer fees untuk loan dan SNP. Kurang kurang 10% daripada harga hartanah.
Wah baru tahu jugak ni. Selama ni tahu deposit dengan pemaju.
ternyata begitu prosesnya, mudah-mudahan urusan beli rumah nanti bisa lancar
2-3 tahun lagi baru ada peluang & rezeki untuk membeli rumah kot. Tapi kalau boleh nak percepatkan supaya nanti tak perlu tanggung beban bayar rumah mahal-mahal.
Setakat ini ada pengalaman membeli rumah dengan pemaju. Kalau dikenang kembali memang sakit hati. Ntah apa-apa caj dikenakan.
Saya pernahbeli direct dengan pemaju ja, nak tahu juga kalau beli rumah lelong macamna, akhirnya terjawab dengan entry ni..maceh yea berkongsi
Salam. Saya dah bayar deposit rm1ķ kepada pemaju n dah sain snp. Cadang gune loan kerajaan. Tapi saya tak jadi beli rumah tu sebab dapat rumah lain y jauh lg murah. Saya bagitau pemaju saya tak jadi beli rumah tu. Pemaju mintak saya bayar 10% dari harga rumah n bayar lowyer. Betul ke ape yg pemaju tu buat? Kalau betul saya rasa teranaya. Tak pasal2 bagi pemaju duit free.