in ,

Jelajah Utara Bersama Honda City


Satu perkara yang aku suka apabila terlibat dengan jelajah utara bersama team Honda tempoh hari, mereka ini penuh dengan kejutan.

Test drive Honda City

Trip ke Pulau Pinang yang pada mulanya aku fikirkan sekadar test drive biasa-biasa saja, tapi rupa-rupanya diberi layanan kelas pertama. Kami dibawa ke 3 tempat menarik yang sebelum ini tak pernah aku jejakkan kaki.

Makan nasi ganja di Kedai Kopi Yong Suan, Ipoh

Rasanya ramai dah sedia maklum tentang populariti makanan ini di bandar Ipoh. Sebut saja nasi ganja, terbayang nasi kandar dengan kuah kari yang pekat serta sedap sehingga menjilat jari. Kunjungan aku ke sana tempoh hari ke salah satu restoran yang menjual nasi ganja iaitu Kedai Kopi Yong Suan, disambut dengan suasana kedai yang padat.

Nasi Ganja Ipoh Yong Suan
Beratur panjang sampai tak muat nak ambik gambar..

Sejujurnya, tak pernah lagi seumur hidup aku melihat orang beratur sebegini ramai semata-mata untuk menikmati nasi kandar. Mengalahkan jualan murah.

Layan nasi ganja Ipoh

Nasi ganja Ipoh

Apa yang aku mampu katakan, nasi ganja Yong Suan.. memang sedap. Rasa sekali pasti nak lagi. Dan yang paling penting, dijamin halal!

Kedai Kopi Yong Suan
2, Jalan Yang Kalsom
Taman Jubilee
30300 Ipoh
Perak, Malaysia

Nota: Nama kedai je cina, tukang masak india muslim.

Bermalam di hotel 5 bintang, The Light Hotel, Seberang Jaya

Setelah penat dengan aktiviti yang agak padat pada siang harinya, tibanya masa untuk kami beristirehat.

The Light Hotel Penang

Dibawa untuk bermalam di Light Hotel, Seberang Jaya, setiap seorang daripada kami mendapat bilik hotel deluxe. Pertama kali masuk ke dalam bilik ini.. Wah, terasa heaven. Boleh tidur kuak lentang tanpa ada rasa segan silu. Hahaha.

The Light Hotel_Penang

The Light Hotel Pulau Pinang

Bermalam di The Light Hotel
Ahhh.. malasnya nak bangun..

Bercakap mengenai Light Hotel ini, aku diberitahu bahawa hotel yang bertaraf 5 bintang ini sebenarnya adalah rangkaian Restoran Nasi Kandar Pelita. So, janganlah korang tertanya-tanya, kenapa nama pun lebih kurang sama. “Light” dan “Pelita“. Hehehe.

Note: Sahaja aku check rate bilik hotel ni melalui website Agoda. Bagi deluxe room atau superior, rate bagi penginapan satu malam dalam lingkungan RM280+. Bagi aku, harganya quite okay. Sesuai dengan tarafnya. So, next time kalau korang datang ke Pulau Pinang. Boleh usha-usha sini ye.

Bermain sukan ekstrem White Water Rafting di Riverbug Asia, Gopeng

Aktiviti terakhir kami bersama team Honda sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Dan ia merupakan aktiviti yang paling kami nanti-nantikan.

Honda trip to Gopeng Riverbug Asia

Honda City offroad
Honda off road. Pun boleh!

Sukan ekstrem yaww.. White water rafting di Riverbug Asia, Gopeng. Apa yang korang expect.

Briefing water rafting

Pada mulanya agak ketar lutut juga apabila diterangkan risiko bermain sukan lasak ini. Tetapi disebabkan ingin menimba pengalaman, so.. layankan aje. Safety jacket kan ada. Hehehe.

Water_Rafting Gopeng
Safety jacket, helmet, paddle..semua ada. We are ready!
Pengalaman sukan ekstrem water rafting
#TeamKaram
Sukan ekstrem
Jom mula!
Main sukan ekstrem
Peace yaww..
Level 3 water rafting
Jangan jerit.. Pegang.. Pegang!
Main water rafting
Ahhh.. Karam sudah..
Main_water rafting
Yeah.. kami berjaya!

Sekitar jam 6 petang selesai segala aktiviti yang dirancangkan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

Sejurus selesai aktiviti water rafting, kami meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dan selamat tiba ke destinasi pada jam lebih kurang 8 malam. Perasaan seronok tidak terkira. Terima kasih pada pihak yang terlibat, especially Honda dan PR. Next time kalau ada lagi event macam ni, jemputlah lagi ye. Hehehe.

p.s: Balik rumah.. keesokannya, sengal-sengal badan.. sakit otot. Pergi jumpa doktor, doktor suruh rest. Dapat MC. Hehehe.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

17 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *