in

Jangan Stress, Nanti Sakit


Wut the fish! Statement tu Hafiz terbaca dalam paper harian metro hari ni. Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), tiga penyakit kronik yang disebabkan stress ditempat kerja adalah; hilang pendengaran, penyakit kulit dan penyakit paru.

Stress di tempat kerja punca penyakit?

Agak risau jugak kalau betul apa yang dikatakan. Yela, tempat kerja mana yang tak stress. Blogging pun boleh stress bang Oi. Tapi secara logiknya memang ada betul pun.

  1. Hilang pendengaran – Disebabkan pendedahan kepada bunyi yang kuat yang terlalu lama. Especially untuk orang yang kerja construction. Hari-hari dengar bunyi bising, lama-lama mesti telinga jadi kurang alert.
  2. Penyakit kulit – Yang ni Hafiz setuju. Kalau environment tak berapa bersih, tak mustahil kulit akan mengalami kegatalan. Mungkin gatal kemerahan seperti penyakit kulit ekzema tu. Sebab dulunya Hafiz dah pernah kena masa kerja seberang laut sana nun. Nak tak nak, terpaksa mintak balik (memang nak balik pun ye jugak sebenarnya). Hehehe.
  3. Penyakit paru-paru – Ini pun Hafiz setuju. Lagi-lagi melibatkan pekerja yang bekerja di dalam pejabat. Pejabat yang tertutup dan pengudaraan yang tak berapa baik secara tak langsung membiakkan kuman dan hama dalam udara. Kita bernafas, udara yang disedut masuk ke dalam badan dapat skali dengan pakej kuman dan hama. Huish bahaya tu.

Hmm..agak susah jugak kan kalau semua benda jadi penyakit. Jadi, rasa-rasanya apa jalan penyelesaian yang terbaik?

P/s: Mungkin kena cari bos yang memang super baik dan mintak dengan kerja dalam office yang pengudaraannya seperti dalam OT (Operation Theatre). Hehehe.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

8 Comments

Leave a Reply
  1. stress ni mmg merbahaya tp ramai yg tak tahu…tambahan pula kalau tmpt krja stress, balik umah pun stress..lagi cepat jatuh sakit

  2. Bro tadi pun tertarik dengan tajuknya. Sebab ini pernah jadi kes study bro masa berlajar dulu.

    Tapi bila baca ini dalamnya. Nampak jauh berbeza dengan tajuk.

    Tak pasti apa yang ingin disampaikan. Terasa macam wartawan tue tak habis study pun ye juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *