in ,

Jangan Lupa Serbu Hari BioUsahawan 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)


Aku pernah berkongsi maklumat berkenaan satu peluang keemasan buat mereka yang bergelar usahawan tempatan, startup serta PKS untuk mengembangkan rangkaian perniagaan didalam dan luar negara, iaitu melalui program BioUsahawan 2019 yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA) dan Bioeconomy Corp.

Hari ini disaat-saat akhir, aku ingin sampaikan peringatan buat korang semua supaya jangan lupa bahawa program tersebut akan bermula pada hari esok.

Esok? Ya guys.. esok. Bermula esok (Jumaat) sehingga lusa (Sabtu).

Jadi pastikan korang set dalam kalendar masing-masing, set alarm awal-awal supaya tak terlepas peluang untuk menghadirkan diri ke program yang menarik ini.

Well.. jika korang yang baru pertama kali baca mengenai program yang aku sebutkan dan tak tahu apa-apa info langsung mengenainya, itu tak menjadi masalah. Sebabnya tujuan aku terbitkan entri ini supaya korang dapat info secukupnya dan bersedia untuk program ini esok. Baik kan aku share maklumat macam ni? Hehehe

Okay, kita mulakan dengan apakah aturcara majlis yang akan diadakan di program BioUsahawan 2019 ini esok.

Secara ringkasnya apa yang boleh dikongsikan, akan ada beberapa sesi bual bicara mengenai beberapa topik menarik yang akan dikupas oleh panel dan pakar-pakar industri, diantaranya ialah:

  • Sesi perbincangan tentang peluang-peluang dalam dunia digital untuk meningkatkan perniagaan bagi usahawan tempatan
  • Sesi perbincangan tentang dana dan pembantuan pembiayaan lain yang disediakan oleh Kerajaan, agensi dan pemain industri bagi membantu usahawan
  • Sesi perbincangan tentang aplikasi teknologi dalam industri agro bagi menambah nilai produk/perkhidmatan
  • dan sesi penyampaian tentang produk dan perkhidmatan oleh usahawan tempatan berasaskan bio

Manakala, selepas selesai sesi bual bicara.. korang berpeluang untuk memenangi hadiah dimana hadiah-hadiah tersebut terdiri daripada pelbagai jenis produk-produk bio yang dihasilkan oleh usahawan tempatan melalui hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dijalankan oleh syarikat-syarikat mereka sendiri. Produk-produk berkualiti tinggi ini diantaranya ialah produk kesihatan, produk penjagaan diri, produk kecantikan, suplemen, dan makanan.

Jika aturcara ini tidak cukup lagi membuatkan korang teruja, ada lagi yang lagi menarik. Kehadiran selebriti-selebriti BioUsahawan 2019 seperti Noryn Aziz, Salma Asis, Datin Diana Danielle dan Fazlyna Ahmad Daud turut merancakkan program ini dengan mengadakan jualan produk-produk mereka termasuklah produk kecantikan, kosmetik, makanan, selendang dan pelbagai lagi.

Oh ya, sebelum aku terlupa.. Altimet akan turut menyampaikan perkongsian pengalamannya dalam dunia keusahawanan bertajuk “No Plan B” pada 16 Mac pukul 3.20pm nanti di Pentas Utama, Dewan 1, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Selain itu, jika korang merupakan seorang yang dermawan.. korang turut boleh mengambil bahagian dalam program Derma & Menang, dimana sekiranya korang ada pakaian atau kain yang tidak lagi mahu dipakai.. derma saja ke tong Kitar-Kloth di BioUsahawan!

Untuk makluman, Kitar-Kloth adalah program kitar semula kain dengan kerjasama Kloth Cares, Life Line Clothing Malaysia Sdn Bhd dan Selangor Youth Community. Dan setiap pakaian, kasut, tali pinggang, beg tangan, tuala, linen atau permainan terpakai yang didermakan akan dikumpul kemudian diagihkan kepada orang yang memerlukannya ataupun dieksport dan diubah menjadi barang lain seperti kain lap, kerusi kereta dan bahan bantal.

Pssttt.. tapi kalau korang nak menang hadiah, sila cari dan dermakan pakaian atau kain korang di tapak P03 ye (tapak tersebut berada di kawasan eFM dan #BIOCHAT). Jangan salah tapak pulak. Hehehe.

Jadi, itu sahaja sedikit sebanyak maklumat-maklumat penting yang aku ingin sampaikan sebelum bermulanya BioUsahawan 2019 ini. Dan jangan lupa ya.. untuk mengelakkan korang beratur panjang! Sila daftar awal-awal, jangan tunggu last minit. Sebaik sahaja korang dah berdaftar, korang hanya perlu bawa pas pada hari yang korang nak datang.

Pra-pendaftaran boleh dibuat melalui link ini https://form.jotform.com/90568850256970. So kalau korang dah daftar, nanti kita jumpa disana okay. Masuk percuma tau. Tak perlu bayar apa-apa pun. Heee.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai acara BioUsahawan 2019, korang bolehlah layari laman web rasmi mereka di www.bioeconomycorporation.my atau ikuti mereka di laman sosial:


SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge