in

Jana Wang Melalui Instagram


Short entri untuk malam ini..sebenarnya hafiz agak tertarik dengan persoalan yang diajukan oleh blogger UniFi sorang ni.

Boleh atau tidak sekiranya kita ingin menjana wang melalui instagram?

Jawapannya – Ya, boleh. Korang mampu menjana duit poket hanya melalui gambar-gambar yang dimuat naik kedalam akaun instagram korang.

Caranya mudah. Dengan menggunakan instacanv.as, iaitu sebuah laman web jualan online yang berfungsi untuk menjual gambar-gambar korang didalam bentuk hardcopy. Maksudnya gambar yang dimuat naik kedalam akaun instagram korang akan disyncronize secara automatik kedalam akaun instacanvas. Ia kemudiannya akan dipaparkan didalam satu public galeri dimana gambar-gambar tersebut dikategorikan dan hanya akan dicetak di atas canvas mengikut saiz yang dipesan pelanggan sekiranya terdapat tempahan.

instacanvas_logo

Pembayaran kepada empunya gambar adalah berbentuk royalti. Royalti disini bermaksud korang akan dibayar mengikut nilai harga yang telah dipersetujui bersama. Senang cerita, lebih kurang macam affiliate..tetapi produk yang djual adalah gambar yang diambil oleh korang sendiri.

instacanvas

Tetapi perlu diingatkan juga, mudah itu tak semudah yang disangkakan. Mana ada orang duduk goyang kaki dapat duit. Untuk meningkatkan kebarangkalian gambar korang dibeli, perlulah dipastikan gambar yang korang ambil tu mempunyai unsur-unsur seni dan komersial. Takkan korang expect ambil gambar maggi dalam mangkuk dengan kadar noise yang tinggi dan gelap akan buatkan orang tertarik untuk beli gambar tersebut dengan harga ratus-ratus ringgit. Be realistik sikit ye kawan-kawan.

So, inilah sedikit penerangan yang mampu Hafiz berikan terhadap persoalan yang diajukan. Sekadar perkongsian sesama blogger dan rakan-rakan pembaca. Setakat ini jika ditanya sama ada Hafiz pernah mendapat bayaran royalti dari pihak instacanv.as, secara jujurnya belum pernah. Sebabnya gambar yang Hafiz ambil mungkin belum mampu menarik minat mana-mana pembeli untuk membeli.

Tapi sekiranya korang semua ingin mencuba apa salahnya. Manalah tahu rezeki korang, kot-kot lah boleh dapat duit ribu-ribu hasil dari penjualan gambar instagram.

p/s: Kadang-kadang ada juga orang yang suka beli gambar pelik-pelik. Seni katanya.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

49 Comments

Leave a Reply
  1. ok bro. memang pernah dengar instagram ni boleh buat duit. tapi blm jumpa cabangnya. mungkin cabang yg bro bagitau salah satu caranya

  2. ahhhaaaaaa…. nice info and share bro… yang pasti, bukan gambar teeeeeet kan?

    gambar dalam instagram juga semakin menarik.. gajet pun makin menarik.. =)

    • beli gambar teet, balik kena kejar dengan parang..hahaha

      biasanya gambar yang jual kat instacanv.as diorang snap guna kamera..high res picture..then touch up sikit pastu upload thru fon..sebab tu cantik2..huhu

  3. ok baru tahu. terima kasih berkongsi ilmu… macam mana nk dapat gambar yang boleh menarik perhatian mereka.. hmmmmm

  4. Hi bro, lama tidak singgah di blog awak.

    Selalu upload muka je bro.. kot2 ada orang nak beli hehe.. baru tau instalgram jg boleh buat duit, good info bro

  5. Terima kasih di atas perkongsian info… Lepas ni lebih ramai orang boleh menjana pendapatan melalui Instagram… Tapi saya belum buka akaun lagi…

  6. Nampaknya ambe kena sign up dulu akaun ni…belum ada daa…hehe

    Satu lagi, kena selongkar arkib gambar dan kalau nak betul2, kena beli kamera power sikit…

  7. sebenarnya byk cara blh jana wang melalui maya. penting minat usahakan. terima ksh atas tips nd link beri. sapa2 rajin membidik pic tu jangan lupa terjah d sana 😉

  8. Agak menarik… Malangnya, saya bukan seorang yang pandai mengambil gambar untuk diabadikan dalam instagram

Leave a Reply to atie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *