Short entri untuk malam ini..sebenarnya hafiz agak tertarik dengan persoalan yang diajukan oleh blogger UniFi sorang ni.
Boleh atau tidak sekiranya kita ingin menjana wang melalui instagram?
Jawapannya – Ya, boleh. Korang mampu menjana duit poket hanya melalui gambar-gambar yang dimuat naik kedalam akaun instagram korang.
Caranya mudah. Dengan menggunakan instacanv.as, iaitu sebuah laman web jualan online yang berfungsi untuk menjual gambar-gambar korang didalam bentuk hardcopy. Maksudnya gambar yang dimuat naik kedalam akaun instagram korang akan disyncronize secara automatik kedalam akaun instacanvas. Ia kemudiannya akan dipaparkan didalam satu public galeri dimana gambar-gambar tersebut dikategorikan dan hanya akan dicetak di atas canvas mengikut saiz yang dipesan pelanggan sekiranya terdapat tempahan.
Pembayaran kepada empunya gambar adalah berbentuk royalti. Royalti disini bermaksud korang akan dibayar mengikut nilai harga yang telah dipersetujui bersama. Senang cerita, lebih kurang macam affiliate..tetapi produk yang djual adalah gambar yang diambil oleh korang sendiri.
Tetapi perlu diingatkan juga, mudah itu tak semudah yang disangkakan. Mana ada orang duduk goyang kaki dapat duit. Untuk meningkatkan kebarangkalian gambar korang dibeli, perlulah dipastikan gambar yang korang ambil tu mempunyai unsur-unsur seni dan komersial. Takkan korang expect ambil gambar maggi dalam mangkuk dengan kadar noise yang tinggi dan gelap akan buatkan orang tertarik untuk beli gambar tersebut dengan harga ratus-ratus ringgit. Be realistik sikit ye kawan-kawan.
So, inilah sedikit penerangan yang mampu Hafiz berikan terhadap persoalan yang diajukan. Sekadar perkongsian sesama blogger dan rakan-rakan pembaca. Setakat ini jika ditanya sama ada Hafiz pernah mendapat bayaran royalti dari pihak instacanv.as, secara jujurnya belum pernah. Sebabnya gambar yang Hafiz ambil mungkin belum mampu menarik minat mana-mana pembeli untuk membeli.
Tapi sekiranya korang semua ingin mencuba apa salahnya. Manalah tahu rezeki korang, kot-kot lah boleh dapat duit ribu-ribu hasil dari penjualan gambar instagram.
p/s: Kadang-kadang ada juga orang yang suka beli gambar pelik-pelik. Seni katanya.
ok bro. memang pernah dengar instagram ni boleh buat duit. tapi blm jumpa cabangnya. mungkin cabang yg bro bagitau salah satu caranya
yerp..betul bro..ni hanya salah satu cara nak buat duit melalui instagram..banyak cara lagi ada.
ahhhaaaaaa…. nice info and share bro… yang pasti, bukan gambar teeeeeet kan?
gambar dalam instagram juga semakin menarik.. gajet pun makin menarik.. =)
beli gambar teet, balik kena kejar dengan parang..hahaha
biasanya gambar yang jual kat instacanv.as diorang snap guna kamera..high res picture..then touch up sikit pastu upload thru fon..sebab tu cantik2..huhu
ok baru tahu. terima kasih berkongsi ilmu… macam mana nk dapat gambar yang boleh menarik perhatian mereka.. hmmmmm
owh..yang tu DT kena belajar sikit tentang selok belok fotografi..hehe
Hi bro, lama tidak singgah di blog awak.
Selalu upload muka je bro.. kot2 ada orang nak beli hehe.. baru tau instalgram jg boleh buat duit, good info bro
hi bro, ingatkan bro dah merajuk nak singgah blog saya..hehe
takpe bro..mana tau ada orang minat nak beli potrait bro.. 🙂
😀 Sedang menggunakannya.. tapi entah bila la akan ada gambar-gambar yang boleh mendatangkan hasil!
Samalah bro..belum ada rezeki.
aku takde instagram. camana nih..
Kena buat sekarang..wajib..kalau tak rugi orang nak beli gambar cendol..hehe
Pernah juag dengar pasal ni,nampak gaya kena aktif kembali berinstagram
Kena aktif bro..mana tau ade rezeki kat sana
Terima kasih di atas perkongsian info… Lepas ni lebih ramai orang boleh menjana pendapatan melalui Instagram… Tapi saya belum buka akaun lagi…
Sharing is caring bro..benda yang baik tak elok simpan sorang..mana tau ada rezeki untuk kawan2
Nampaknya ambe kena sign up dulu akaun ni…belum ada daa…hehe
Satu lagi, kena selongkar arkib gambar dan kalau nak betul2, kena beli kamera power sikit…
Register cepat bro..upload gambar cun2
emmm baru tahu ni
Jarang betul main instagram ni.. Tapi kebarangkalian gambar nak kena pilih mesti susah jugak ni
Tak cuba tak tahu bro
salam.
belum pernh mencuba tpi klu akaun istgrm tu mmg ada
Wsalam..kena cuba tu suri..just link kan akaun instagram dengan instacanvas..kerja senang tu.hehe
sebenarnya byk cara blh jana wang melalui maya. penting minat usahakan. terima ksh atas tips nd link beri. sapa2 rajin membidik pic tu jangan lupa terjah d sana 😉
peluang baik ni. mesti ramai yang minat nak cuba.
Betul tu bro..grab aje peluang yang ada.
bagus ni kena sarankan kat bini aku yang dah ada instagram..
Bini suka ambil gambar ye?
Agak menarik… Malangnya, saya bukan seorang yang pandai mengambil gambar untuk diabadikan dalam instagram
Takpe bro..kalau tak pandai boleh belajar.
Terbaik. Yang nie tak pernah dengar lagi.
lom ada lagi akaun di instagram….nanti nak cuba…buat duit online nih kena abis masa dulu ye tak?
Sambil2 upload gambar sambil2 jual gambar..hehe
xreti nak ambik gambar lawa-lawa..haha
menarik ni. macam nak try lah upload tapi edit dulu..baru cantik
Kalau ada skill edit gambar lagi bagus tu bro
menarik ni. tumbuh satu lagi cabang buat duit melalui gambar. terima kasih berkongsi.
Sama2 bro.
Wow..,ternyata ada yang sudi menghargai snap kita
ini sudah bagus! tp gmbr yg saya snap sumenya gmbr syok sendiri..takde seni langsung.hehe
sedih…blackberry tak dak instagram
Tukar android la bro..hehe
macam nak try jugak…tapi belum ada akaun instagram..
wah..gilalah.. macam tu pun boleh buat duit..hehehe
Boleh bro..macam2 ada. Mau tak mau saja. Hehe
nak kene create akaun instagram ni… thanks for info
bila dah create jangan lupa add saya bro. 🙂
aku memang tak faham lah camne boleh buat duit dengan instagram, pelik2..
masih mencari ilmu buat duit dengan instagram.. tq atas ilmu pengkongsian 😀