Jana Pendapatan Melalui Program Pemasangan Solar PV

Semakin lama semakin banyak pihak yang mula minitik beratkan isu penjagaan alam sekitar. Ada pihak yang bertungkus lumus mencari jalan alternatif bagi memastikan penggunaan sumber-sumber tenaga yang sedia ada ditukar kepada sumber tenaga boleh baharu dan ada juga sesetengah individu yang mula mengorak langkah dalam mengubah gaya hidup yang lebih ekonomi dan mesra alam, sebagai contohnya seperti rumah mesra tenaga di Melaka yang telah diceritakan dahulu.

Berita terbaru yang telah disiarkan oleh Utusan Malaysia baru-baru ini, pihak Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad ( ANGKASA ) pula telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan skim terbaru kepada ahlinya melalui satu projek tenaga solar.

logo ANGKASA

ANGKASA adalah koperasi apex yang diiktiraf oleh kerajaan sebagai Badan Puncak Gerakan Koperasi Malaysia. ANGKASA melaksanakan program transformasi koperasi melalui penyertaan projek ekonomi berimpak tinggi. ANGKASA terus menjalankan khidmat teras iaitu menyediakan khidmat potongan gaji kepada kakitangan kerajaan, badan berkanun, kelab, koperasi, kesatuan dan syarikat GLC.

Projek tenaga solar ini melalui sistem solar PV, memberikan kemudahan kepada ahli-ahlinya bukan sahaja peluang untuk mengguna sistem tenaga boleh baharu malah ianya juga dilihat dapat mewujudkan satu punca pendapatan baru melalui penjualan semula tenaga elektrik yang telah dihasilkan melalui tarif elektrik yang ditawarkan iaitu sebanyak RM1.20 bagi setiap kilowatt tenaga.

Solar PVSumber gambar: seda.gov.my

Menurut sumber lagi iaitu Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah, dianggarkan setiap ahli yang menyertai skim atau projek ini akan memperoleh keuntungan sehingga RM600 sebulan menerusi kontrak penjualan selama 21 tahun yang telah ditanda tangani oleh ahli semasa perjanjian dibuat.

Wow.. satu nilai yang agak banyak jika dikira dalam satu jangka masa yang panjang, iaitu kira-kira RM151, 200. Sangat beruntung bagi sesiapa yang menjadi ahli ANGKASA, satu peluang yang aku rasakan tidak patut disia-siakan.

Tetapi.. Bagi mereka yang bukan ahli ANGKASA, jangan bersedih hati pula. Anda sebenarnya masih boleh menikmati kemudahan sebegini malah berpeluang juga untuk menjana pendapatan melalui permohonan tarif galakan yang telah disediakan oleh SEDA Malaysia. Cuma, dari segi kos pemasangan dan juga peralatan sistem solar PV mungkin terdapat sedikit perbezaan diatas faktor pembekal yang berlainan. Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan tarif galakan, bolehlah merujuk kembali artikel yang telah aku keluarkan sebelum ini iaitu cara memohon FiT ataupun layari laman web SEDA Malaysia di www.SEDA.gov.my.

Info dan sumber asal mengenai berita ini dipetik daripada artike Utusan Malaysia bertajuk Angkasa: Jana pendapatan melalui sistem solar.

Nota: Bulan March ini akan berlangsungnya Sidang Kemuncak Tenaga Lestari Antarabangsa ( ISES 2014 ) dimana perubahan baru dalam peraturan tarif galakan dan kuota tenaga boleh baharu 2014 akan diumumkan – keratan artikel The Malaysian Reserve

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

  • Comments

    Leave a Reply
    1. memang kena usahakan nanti..beli rumah dan tanah.

      boleh jana pendapatan secara pasif. duduk mengangkang kat rumah sambil update blog

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Loading…

    Comments

    comments

    Tenaga Solar Dan Lapangan Terbang

    Tenaga Solar Sebagai Peluang Perniagaan