Masalah yang tak berkesudahan. Kontraktor datang turap jalan lorong sebelah, tapi alih-alih paip bawah tanah lorong aku pula yang bocor.
Biasalah, nak turap jalan la katakan.. Lori yang datang bukannya saiz yang kecil-kecil. Tapi semuanya besar gedabak.
Bila lori besar lalu, paip air mana yang mampu menahan tekanan, pecah la.
Bila dah pecah pula, pihak kontraktor Syabas datang. Korek balik tempat yang bocor. Potong paip.. sambung paip, tanam.. Kemudian turap balik tempat yang rosak dengan tar yang baru (Padahal, turapan tar yang baru dah takkan sama lagi seperti turapan-turapan tar yang sebelumnya. Maka, bertompoklah semula lorong rumah aku yang sebelum ni dah cantik).
Esok-esok, bila kontraktor nak datang turap jalan lorong aku pula, mungkin paip air bawah tanah lorong lain pula pecah. Ulang balik proses yang sama. Korek, repair, turap.. Korek, repair, turap. Alahai.. pi mai pi mai tang tu je la.
p.s: By the way, kualiti turap jalan dulu dengan sekarang dah tak sebagus dulu. Turap hari ni, selang 3-4 hari dah mula berlubang balik.
Tempat saya juga rusak parah.
ni namanya membazir.. kalau buat kerja dengan teliti tak adanya nak korek turap korek turap..
Hmmm.. Tak nak komen apa-apa…. Pi Mai Pi Mai Tang Tu Juga…
Kurang srana dari pemerintahan nih….
Sama la dengan area rumah saya ni..hari ni turap esok lusa dah pecah..last sekali kena korek balik semula tar tu buat properly..then baru la nampak bertahan lama sikit…
sabaq aje la.
memang macam ni la kekadang wehh..
Masa kerja dulu jalan ampang tu asyik begituuuulah..naik meluat nak pergi kerja masa tu.ha sekarang duduk rumah turaplah jalan tu banyak-banyak.memang bosan tengok kejap korek kejap kambus balik tak habis-habis.
mungkin sebab tak kering lagi kot, tu yang dia rosak balik. harap orang kita ni buat la kerja setulus mungkin. jangan kerja ala kadar je
pemerintah nya banyak yang harus di urus jdi maklum lah kalo kurang kasih tau.!!