in

Jalan Jalan Di Aquaria KLCC


Woohoo..Hari cuti sememangnya seronok jika diluangkan bersama keluarga. Disamping dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan, ia sedikit sebanyak membantu mengurangkan tekanan selepas penat bekerja.

Sempena dengan hari keputeraan Sultan Selangor tempoh hari, Hafiz berkesempatan untuk membawa isteri, anak tersayang dan juga ditemani oleh adik ipar menjejakkan kaki ke Aquaria KLCC. Ini merupakan kunjungan kali kedua Hafiz bersama isteri dan yang pertama bagi si kecil.

Dengan kadar bayaran tiket RM35 bagi dewasa dan percuma bagi kanak-kanak dibawah umur 3 tahun, kitorang berpeluang untuk melihat spesis hidupan laut dan sungai yang jarang ditemui. Yang paling tidak dilupakan, apabila kitorang sempat memasuki terowong kaca yang dibina khas melalui sebuah tangki hidupan laut “Oceanarium“. Seperti berada di dasar laut, kesemua ikan-ikan yang berskala besar bergerak bebas kesana kemari. Amat menyeronokkan apabila terlihat pari sebesar orang dewasa seperti melambai-lambai ke arah pengunjung.

Perasaan teruja tidak berakhir disitu, kitorang juga berpeluang untuk menyaksikan penyelam-penyelam profesional memberi makanan kepada hidupan laut disitu. Digosok-gosok, dibelai-belai manja ikan-ikan besar itu seperti kucing..Ahh, geram pula nak join sekali..tapi apakan daya, lesen tak ada. Tengok dari luar je lah jawabnya.

Kunjungan kami diakhiri dengan makan-makan di food court KLCC. Walaupun hanya pusing satu Aquaria, terasa juga penatnya. Balik rumah masing-masing zero energy.

p/s: Nak bela clown fish kat rumah, tapi macam high maintenance je.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

37 Comments

Leave a Reply
  1. seronoknya dapat bercuti dan jalan2. Yanty kj hri tu sbb putrjy kn. Tapi ty pernah ke sana once in my life time je ms zmn school trip. ntah bila r nk pi lgi..

  2. seronok kan bawa keluarga pergi tempat-tempat macam ni..last saya pergi pon 5 tahun lepas, masa tu anak pon baru sorang…hehe

  3. comelnya anak bro ..hehe ..cute ngat …
    btw memang hujuung minggu kali beriadah sama-sama keluarga memang dapat beri ikatan silaturahim semakin utuh 😀

  4. anak sulung saya sudah dua kali melaat dengan saya. tetapi adiknya belum berpeluang ke sini. mungkin lain masa kot.

    tapi memang betul, rasa mcm kecil je kawasannya. sekejap aje sudah jumpa jalan keluar.

    rasa lagi berbaloi jika pergi ke kedai ikan bersebelahan Wet World Water park di shah alam

  5. Angah, nnt next diving trip kite kasi tangkap sekor clown fish a.k.a Nemo okey.. nk penyu pon boleh.. ekekeke… jgn nnt tetb ditelan si khair clown fish tu dah lah . heheheh…..

Leave a Reply to hafizrahim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *