Woohoo..Hari cuti sememangnya seronok jika diluangkan bersama keluarga. Disamping dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan, ia sedikit sebanyak membantu mengurangkan tekanan selepas penat bekerja.
Sempena dengan hari keputeraan Sultan Selangor tempoh hari, Hafiz berkesempatan untuk membawa isteri, anak tersayang dan juga ditemani oleh adik ipar menjejakkan kaki ke Aquaria KLCC. Ini merupakan kunjungan kali kedua Hafiz bersama isteri dan yang pertama bagi si kecil.
Dengan kadar bayaran tiket RM35 bagi dewasa dan percuma bagi kanak-kanak dibawah umur 3 tahun, kitorang berpeluang untuk melihat spesis hidupan laut dan sungai yang jarang ditemui. Yang paling tidak dilupakan, apabila kitorang sempat memasuki terowong kaca yang dibina khas melalui sebuah tangki hidupan laut “Oceanarium“. Seperti berada di dasar laut, kesemua ikan-ikan yang berskala besar bergerak bebas kesana kemari. Amat menyeronokkan apabila terlihat pari sebesar orang dewasa seperti melambai-lambai ke arah pengunjung.
Perasaan teruja tidak berakhir disitu, kitorang juga berpeluang untuk menyaksikan penyelam-penyelam profesional memberi makanan kepada hidupan laut disitu. Digosok-gosok, dibelai-belai manja ikan-ikan besar itu seperti kucing..Ahh, geram pula nak join sekali..tapi apakan daya, lesen tak ada. Tengok dari luar je lah jawabnya.
Kunjungan kami diakhiri dengan makan-makan di food court KLCC. Walaupun hanya pusing satu Aquaria, terasa juga penatnya. Balik rumah masing-masing zero energy.
p/s: Nak bela clown fish kat rumah, tapi macam high maintenance je.
Oh.. bestnya…
Saya jalan jalan ke blog awak boleh?
Boleh..silakan. 🙂
saya pernah gie kl cc sebelum nie tapi tak pernah masuk akuaria nie.. berapa yea harga dia sekali masuk
untuk dewasa RM35 aje. 🙂
seronoknya dapat bercuti dan jalan2. Yanty kj hri tu sbb putrjy kn. Tapi ty pernah ke sana once in my life time je ms zmn school trip. ntah bila r nk pi lgi..
pegi la lagi. sekarang dah makin banyak ikan dari dulu. pegi hari minggu. 🙂
beramah mesra bersama ikan2…
wah…best nyer…
bila ler agaknya aku pat kesana…
biasa saya pergi tempat macam ni time cuti sekolah je
seronok kan bawa keluarga pergi tempat-tempat macam ni..last saya pergi pon 5 tahun lepas, masa tu anak pon baru sorang…hehe
kena pergi lagi tu..bawak anak2 yang lain pulak.hehehe
aku tak pernah lagi pergi sini
kena pergi bro..cantik ikan2 kat sana
semasa masih rajin berjalan ni..dan masih muda..jalannnnn. hehe..
tau takpe, sementara larat nak berjalan. hahaha
lama x pergi..
anak2 sonok tgk ikan 🙂
tunggu bb auni besar sket kot 🙂
hai bro,
cantik sungguh akuarium aqua klcc ni, tidak pernah pergi lagi.. mudah-mudahan satu hari nanti. nice pic bro!
Memang cantik bro..ikan pun sihat2..sedap mata memandang.
Dah 3 kali pergi,masa tu awal2 pembukaan Aquaria.Masih tak berubah dalaman nya.
comelnya anak bro ..hehe ..cute ngat …
btw memang hujuung minggu kali beriadah sama-sama keluarga memang dapat beri ikatan silaturahim semakin utuh 😀
cute macam bapaknya tak? hahaha
lalu jek depannya tapi tak pernah nak singgah…macam best jek
best bro..bawak anak2 mesti diorang suka
Tempat ni cantek giler. Ikan pun yg menarik semua. tiket jer la mahal ckit 😀
mahal cikit je..takpe, berbaloi lagi pusing kat dalam tu. 🙂
Memang best pi aquaria ni especially kalau bawak budak2. syok tengok diorang excited..insyaAllah nak pi lagi
budak2 memang suka especially baby..tengok ikan gerak2 sampai tak berganjak.
Ada bawa anak-anak tetapi tidak puas rasa sekejap sahaja sudah jumpa pintu keluar.
salah satu kekurangannya..tapi kalau dibuat lebih panjang laluannya, mungkin harga tiket pun lebih mahal. hehe
Belum berkesempatan lagi nak ke aquaria klcc ni. Ada jugak perancangan nak pergi tapi tak tahu bila. tengok gambar macam menarik je dalam tu.
pergi la bro..hari cuti pun ok je. bawak family baru best
bestnyeee.. nak pergi tapi tak terpergi-pergi lagi..harus pegi bawak nawfal nanti ni.. ishkk
bestnye…x pernah pun pergi..tengok ni rasa mcm nak pergi sgt2!!
anak sulung saya sudah dua kali melaat dengan saya. tetapi adiknya belum berpeluang ke sini. mungkin lain masa kot.
tapi memang betul, rasa mcm kecil je kawasannya. sekejap aje sudah jumpa jalan keluar.
rasa lagi berbaloi jika pergi ke kedai ikan bersebelahan Wet World Water park di shah alam
Angah, nnt next diving trip kite kasi tangkap sekor clown fish a.k.a Nemo okey.. nk penyu pon boleh.. ekekeke… jgn nnt tetb ditelan si khair clown fish tu dah lah . heheheh…..
Boleh2..nanti kasi rendam khair dalam laut..hehe
minda pun boleh jadi tenang apabila berada di Aquaria ni