in

Jahanam Sony Aku!


Cerita pagi tadi..

Tengah-tengah taip mesej. Khair datang panggil ajak main.

Lantas aku menjawab..

Kejap.. daddy nak balas mesej ni. Adik tunggu.

Lalu… Dia, macam biasa.. Tak nak dengar cakap aku, dia datang tarik tangan.

Ok fine. Dah tahu dah, dia mesti datang tarik tangan punya. So, aku masih buat tak endah, masih lagi tak respon. Sambil menjawab..

Sekejap.. daddy tengah taip mesej sikit lagi ni. Adik sabar.

Dan.. Dia.. Apabila mendengar jawapan aku yang masih tak pedulikan dia, dia mula naik hantu. Marah tak dilayan, dia mula bertindak agresif. Dipegangnya lengan aku sambil meronta-meronta.

Dan secara tiba-tiba..

Tanpa disengajakan, dia tertepis tangan aku yang sedang pegang handphone.

Pappp!.. Lalu..

Terlepaslah dari genggaman Handphone Sony kesayanganku. Melayang layang diudara untuk beberapa mili-second, lalu bahagian hadapan skrinnya jatuh tepat diatas penjuru meja kecil bersebelahan dengan katil.

Ahh.. sudah!

Aku tergamam.

Lalu terus terdetik dalam hati kecil aku..

Aduh, mesti dah pecah ni.

Lantas, dengan perasaan berdebar-debar, aku kutip handphone dilantai. Perkara pertama yang aku buat adalah dengan memeriksa kondisi skrin handphone.

….

….

Suasana senyap seketika..

Dan Khair, bagaikan mengerti bahawa dia telah buat salah. Berdiri kaku. Sebab dia tahu dan nampak, aku sedang marah.

….

Sah! Pecah!

Ternampak garis halus di skrin.

Skrin Sony M5 Pecah

Mulut aku mula membebel dengan nada yang tinggi, sambil tangan terus membelek-belek skrin handphone. Khair masih lagi diam membisu, ditunduk kepalanya siap-siap. Tanda-tanda orang bersalah.

Dalam hati.. Haih.. Melayang lagi duit pagi ni..

Namun, setelah diperiksa dengan teliti.. Atas bawah kiri kanan belakang depan..

….

Phewwww.. Nasib baik.

Sebenarnya, yang pecah bukanlah skrin handphone. Tapi rupa-rupanya, screen protector (tempered glass) yang aku pasang masa awal-awal beli dulu.

Alhamdulillah. Muka mampu kembali tersenyum. Duit poket terselamat! Cuma perlu tukar tempered glass baru yang harganya tak sampai RM20.

Skrin Protector_Tempered Glass_Pecah
Kalaulah takde tempered glass ni, mungkin aku akan bermurung 7 hari 7 malam. Hahaha.

p.s: Khair bersalah, terus diam membisu. Bila ibu datang sebelah dia, terus peluk tak lepas-lepas. Tanda minta simpati lepas kena marah.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

3 Comments

Leave a Reply
  1. Dulu saya macam tu, utamakan gajet(kerja lain).

    Dan pernah marah anak, lepas tu rasa insaf dan tak buat lagi.

    Sekarang ini, saya utamakan anak dan perkara lain nombor dua. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *