in

Jaga Telinga Anak Anda, Jangan Sampai Jadi Macam Ni


Selesai prosedur keluarkan tahi telinga keras dalam telinga Khair.

Sebelum ni ingatkan tahi telinga dia akan keluar sendiri. Rupa-rupanya dah berzaman tahi telinga tu berkampung dalam telinga.

Sedar tak sedar pun, hanya baru-baru ni je. Setelah tengok dia asyik menggaru-garu telinga. Gatal katanya.

Bila disuluh dengan lampu.. Tu dia, berketul kau. Hitam, besar. Ketat dalam telinga. Dua-dua belah pulak tu (sorry gambar tak ada, tak tahu nak snap macam mana.. dalam sangat).

Bila dah tahu keadaan Khair macam tu, terus pergi klinik. Ambil ubat cair tahi telinga.

Ubat Cair Tahi Telinga

Tapi.. lepas seminggu, macam tak ada perubahan. Tahi telinga masih lagi keras, tak ada tanda-tanda nak keluar langsung.

Tak puas hati dengan ubat titis tu, terus aku search Klinik ENT (Ear, Nose & Throat).

Dan.. Nak dijadikan cerita lain, aku fikirkan nak cari klinik ENT ni senang. Google punya Google.. Nah.. semua by appointment je. Dari kawasan Bangi sampai je Klang, sama. Tak de yang boleh walk-in (ada 1 kat Kajang, tapi dah tutup). Demm.

Nak tak nak, terpaksa buat appointment kat Az Zaharah Islamic Medical Centre. Tu pun terpaksa la tunggu beberapa hari.

Dan.. Dan..

Appointment dengan doktor ENT ni pulak, kali kedua baru boleh keluarkan tahi telinga tu. Sebabnya, Khair kena jalani simple procedure. Doktor kata tahi telinga Khair keras, tak boleh nak sedut cara biasa. Lagipun dia kuat meronta-ronta. Takut terkoyak gegendang telinga.

Jadi, masuklah wad sehari.

Khair Masuk Wad ENT
Muka “happy” malam tadi.

Masuk Wad Az Zaharah ENT

Pagi ni.. Sabtu 30 Januari, tepat jam 8.45 pagi.. prosedur dijalankan.

Bermula dari proses tidurkan Khair (bagi dia gas tidur, pengsankan supaya dia tak meronta-ronta), kemudian baru doktor boleh buat kerja.

Dewan Bedah
Aku tak boleh masuk.

Selepas 25 minit, prosedur selesai. Now telinga Khair dah back to normal. Fuhh.. lega.

Kos sedut tahi telinga keras_1

Kos sedut tahi telinga keras_2
Total kos prosedur

p.s: Masa appointment jumpa doktor, masa nak masuk OT.. Khair punya menjerit melalak tak payah nak cerita. Satu floor dengar dia menjerit. Takut sangat dia jumpa doktor. Hohoho.

p.s.2: Keluar OT, telinga Khair ada darah sikit. Doktor kata darah tu mungkin disebabkan tahi telinga tu keras sangat bergesel dengan dinding dalam telinga. Dinding telinga kan nipis.

p.s.3: Masa dalam bilik lepas prosedur, Khair muntah. Muntah angin. Effect gas tidur kot. Kena monitor dulu dia sehari dua ni, kalau tak ada apa-apa.. okay lah tu. 🙂


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

12 Comments

Leave a Reply
  1. Bahaya jugak yer… Anak saya yg no 2 ni pun jenis keras gak.. Tapi setakat ni titik air je la.. Kene lbh jaga2 la lepas ni, risau jugak saya bila tahu sampai boleh jadi cam khair ni

      • memang akan keluar sendiri.

        budak sekolah aku..aku selalu gak check.

        banyak gak yang malas korek telinga.

        keras gila kekadang.

        senang cakap..kena check selalu la.

  2. az zahrah ada ENT eh? aku riso zafirah tu x pernah ku korek taik telinga dia…dpd baby mmg xpnh korek tinge and xpnh nmpk pun taik tinge keluar…bila suluh xnmpk apa pulak…huu mak risoooo

  3. huhu… kita geng. anak saya pun ada seorang yang macamni. tapi belum sampai tahap operate lagi la. bubuh ubat titis tu je dulu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *