in ,

Spritzer Pilihanku


Spritzer. Siapa yang tak kenal, jenama terkemuka air mineral yang telah menerima pelbagai award. Pergi mana-mana kedai bersepah orang jual Spritzer. Kira dah jadi macam jenama no.1 di Malaysia.

Tapi walau sehebat mana sekalipun jenama itu, tak bermaksud takkan ada cubaan untuk menjatuhkan mereka. Buktinya, sejak kebelakangan ini ada satu isu yang kurang enak dah merebak dari satu mulut ke satu mulut. Isu lama yang kononnya menceritakan tentang sumber air “serapan kubur cina” yang digunakan oleh kilang Spritzer berikutan lokasinya yang berdekatan dengan jirat cina (kubur).

Well, bila kali pertama berita ini sampai ke telinga aku, terdetik didalam hati “What?.. Ada lagi isu macam ni?”

Senang cakap, “Orang kita” terlalu mudah untuk menerima tanggapan negatif yang disebarkan melalui laman-laman media sosial. Bukan hari ini je, tapi dah bertahun trend sebegini jadi ikutan.

Tanpa sebarang kaji selidik, bila ternampak je orang “Share” sesuatu benda yang tak elok, kita pun secara automatik terus percaya 100%. Sedangkan secara realitinya kita sendiri tak tahu menahu pun sama ada berita itu sahih ataupun tidak.

Aduhai.. Punah.. Punah.

Jadi berbalik kepada isu Spritzer.. jika ditanya aku tentang apa yang sedang berlaku kepada syarikat pengeluar air mineral Spritzer ini? Jawapan aku mudah, mereka mangsa keadaan.

Mangsa keadaan dimana hal-hal yang tidak sepatutnya dipandang secara negatif, diputar belitkan oleh orang yang tak bertanggungjawab.

Buktinya, baru-baru ini aku bersama beberapa rakan blogger yang lain telah menjejakkan kaki ke kilang Spritzer itu sendiri. Niatnya tak lain tak bukan, untuk mengenalpasti info yang dah tersebar dan juga lokasi sumber air yang mereka gunakan. Ini bukan tipu, tapi betul. Gambar aku kesana ada kat bawah.

Spritzer Pilihanku
Spritzer-Pilihanku

Hasil info dan juga fakta yang diperolehi sepanjang lawatan geng kitorang ke sana termasuklah penerangan secara ringkas tentang produk-produk keluaran mereka iaitu air mineral Spritzer, Spritzer Fibre, Spritzer Sparkling, Summer Mini Cola, Pop, Tinge dan juga produk yang paling tidak disangka iaitu air mineral Mesra (Petronas).

Produk daripada Spritzer

Bagaimana pula dengan lokasi sebenar sumber air?

Haa, part ini part paling menarik untuk aku ceritakan kepada korang.

Seperti yang telah tersebar ke laman-laman sosial media sebelum ini, khabar angin mengatakan lokasi kilang Spritzer berdekatan dengan jirat cina.

Yes, itu memang betul. Satu fakta yang tak boleh dinafikan. Malah jika diperhatikan daripada gambaran Google Maps dibawah ini sekalipun, lokasi kilang Spritzer memang jelas kelihatan dekat dengan kubur yang dimaksudkan. Sekiranya jarak ini diukur menggunakan jalan yang lurus, mungkin tak sampai 1km kot.

Lokasi-sumber-air Spritzer
Gambaran terbaru dari satelit Google Maps – 4 Mac 2014

Cuma untuk jarak yang sebegitu dekat, janganlah kita melenting dulu kononnya cerita yang tersebar sebelum ini betul.

Ada dua perkara penting yang patut korang fikirkan juga sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan:

  1. Kewujudan empangan Lembaga Air Perak dikawasan berhampiran. Nampak kan dalam gambar diatas?
  2. Hanya kilang pemprosesannya sahaja yang agak dekat. Tetapi tidak bagi sumber airnya. Lihat peta dibawah.
Lokasi sumber air Spritzer
Lokasi sebenar sumber air – Klik untuk besarkan

Lokasi sebenar sumber air adalah lebih jauh berbanding kilang pemprosesannya sendiri sehinggakan untuk kami sampai ke lokasi pump-house sumber air tersebut, kami terpaksa manaiki pacuan 4 roda ke dalam kawasan berbukit yang jaraknya hampir 2 km daripada kilang.

Haa.. faham?

Okay. Kalau tak faham juga maksudnya disini.. Untuk point yang pertama, jika korang merasakan sumber air yang digunakan oleh Spritzer telah tercemar dengan air serapan kubur-kubur cina, jadi fikirkan pula bagaimana dengan sumber air di empangan Lembaga Air Perak yang juga dikawasan yang sama? Tak ke turut tercemar?

Point yang kedua, mungkin ada yang menafikan air di empangan lebih bersih kerana ianya bercampur dengan air hujan berbanding dengan air mineral Spritzer yang diambil terus dari bawah tanah. Jadi, macam mana pula kalau sekiranya aku katakan sumber air yang diambil adalah dari punca air yang berada lebih 400 kaki dibawah tanah? (400 kaki, dalam tu..)

Water-pump house Spritzer
Rumah water pump yang menyedut sumber air – kredit Ben Ashaari

Bukan ke kita sedia maklum bahawa sistem penapisan air yang terbaik adalah sistem penapisan semulajadi a.k.a tanah?

Punca air Spritzer

Dan untuk point yang ketiga, di Malaysia kan dah ada JAKIM. JAKIM ini pula kan lebih arif dalam bidang agama. Sedangkan mereka sendiri meluluskan dan memberi sijil halal kepada produk Spritzer, kenapa kita nak jadi orang yang pertikaikan? Adakah korang sendiri ragu-ragu dengan penilaian JAKIM? Pautan direktori Halal Jakim bagi carian Chuan Sin Sdn Bhd (nama syarikat) -> www.halal.gov.my

Haa.. Jadi sebelum korang mempercayai satu-satu berita-berita yang tak diketahui sumbernya, silalah buat sedikit research dulu. Jangan terima bulat-bulat.

Sekali lagi aku katakan, kilang pemprosesan Spritzer memang dekat jaraknya dengan kubur cina. Tapi dalam masa yang sama, ada beberapa faktor lain yang perlu ditimbang tara sebelum kita menghukumi produk mereka. Bukan apa, takut nanti tersilap cakap dah jadi fitnah. Fitnah itu kan berdosa.

Blogger bersama Spritzer

Fakta tambahan:

  • Lokasi kilang Spritzer terletak didalam tanah yang berkeluasan 330 ekar yang bersamaan dengan 330 buah padang bola sepak.
  • Bersebelahan dengan loji air Lembaga Air Perak yang seluas 200 ekar
  • Kawasan kilang dan sumber air dikelilingi hutan tropika
  • Kedalaman punca air adalah lebih daripada 400 kaki dari bawah tanah
  • Kandungan Asid Ortosilisik (OSA) yang tinggi dalam air Spritzer dapat menyerap aluminium berlebihan didalam badan dan mencegah penyakit Alzheimer
  • Pemprosesan sepenuhnya oleh mesin tanpa dikendalikan oleh manusia
  • Disahkan HALAL oleh JAKIM dan lulus piawaian SIRIM, HACCP dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Telah menerima Readers’ Digest Trusted Brand Platinum Award untuk 12 tahun yang berturut-turut
  • Frost & Sullivan Asia Pacific Bottles Water Company of The Year (Botol yang tidak membahayakan pengguna)
  • Best Brands Signature Award oleh The Brandlaureate

p/s: Pilihan di tangan korang. Kalau rasa was-was, better elakkan. Tapi bagi aku, Spritzer tetap pilihan hati.

NOTA: COPY PASTE ARTIKEL INI TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

110 Comments

Leave a Reply
  1. pasni leh buat khabar angin…air dari LAP semuanya hasil sedutan dari kubur cina juga..tengok..dekat apa…kan…:P

    • Dah masuk 2020 berita ni masih dikongsi di media sosial. Alangkah buruknya sikap mereka yang suka kongsi berita yang tidak tepat atau tidak sahih tanpa selidik dahulu. Membaca jambatan ilmu.
      #stophoax

  2. oh macam gitu. itulah aku ada terbaca memula cakap air dari tanah kubur cina. biar betul. bila dah macam gini baru jelas.

  3. Tanggapan negatif masyarakat memang tak kan pernah selesai. Ada ja tak kena. Pergi sendiri dan lihat jangan mudah melatah mengikut orang lain.

    Kembung teguk air spritzer!

  4. Yang ni baru betul. Buat siasatan sendiri, pergi ke tempat yg dimaksudkan. Tanya sendiri pada pihak terbabit. Kalau main share je, tak pasal dapat dosa kering.

    Terima kasih atas penjelasan.

    • Tak cina je la bro..kalau melayu, india or mat saleh sekali pun kalau duit banyak bleh je nak suruh mandikan dengan air spritzer. kalau stok duit tak habis, boleh pakai air evian. macam anak beyonce pakai. kan?

  5. Pernah dengar juga isu ni dimainkan. Kuasa media sosial ini kadang kala ‘rimas’ – orang suka salah guna, buat tuduhan melulu tanpa usul periksa. Terima kasih kerana berkongsi maklumat ini 🙂

  6. ramai cakap utz harun din buat air ubat guna air spritzer tak jadi.., tapi bila aku tanya balik siapa yang cakap..?? sendiri tak dapat jawap.. =) meh datang darul syifa soh dorg sendiri tanya…

  7. Tak perlu takutlah kalau kubur tu orang Cina, India atau orang Eropah. Setiap kita dicipta Tuhan dan satu hari nanti agak balik kembali menjadi tanah. Balik jadi CO2 dan nitrogen. Kan Tuhan yang mencipta ras ras di dunia?

  8. Da lme aku tgglkan jenama ni…dan aku x minum mineral water yg ada jual dipasaran….sejak bekahwin dgn org taiping 7 thun lepas semenjak itu aku tgglkan….f.in law yg bg taw sumber air tu dtgnye dr mne.ada lgi jenama2 lain…
    Minta maaf la bkn nk mempoyokan dri plak hanye berkongsi….

    • Jangan biarkan orang berspekulasi dgn statement anda.Kongsi dengan jelas,ceritakan apa yg mentua anda cerita.Tak baguslah cerita tergantung mcm ni.Kalau boleh share juga air apa yg anda minum selama ni.Kalau betul bagus boleh la kami follow skali.

    • so apa masalahnya? blogger ni bersama bloggers lain sudah ke sana dan lihat kepala mata sendiri. terpulang lah nak beli air spritzer atau tak. takde sapa yang halang pun. cuma jangan mudah percaya spekulasi dan khabar angin pihak yang dengki dengan pihak yang lain.

  9. iyo la tu….meh kito jumpo & den jumpokan dgn org senior yg kojo di Spritzer (jiran sobolah umah den) di Kamunting. Macam2 coreto ado. Air mineral bertukar air paip pun ado..hehehe..nak sonang minum jo air free tentu sodap.

    • Bab air mineral bertukar air paip itu saya tak pasti bro. Sebab tujuan kami kesana hanya untuk selidik punca air yang dikatakan dari kubur cina. Pemerhatian dah dibuat, dan kami dapati sumber air spritzer memang tak ada kena mengena dengan kubur cina. Isu lain saya tak berani nak hurai, takut mendatangkan fitnah dikemudian hari. 🙂

  10. tiap2 tahun dalam 3 tahun ni kot rasanya orang share benda ni, jarang sangat nampak nak cover balik lepas diorang share…

    *peminat setia POP spritzer

  11. Saya pernah buat perbandingan air mineral spritzer dgn air mineral mesra petronas. Kenapa ada sedikit perbezaan semacam ada kandungan tambahan dalam air mineral spritzer (sila rujuk data tertulis di kedua-dua botol air mineral tersebut) sedangkan ianya diambil dan diuji dari punca yang sama??? Minta pencerahan.tq.

    • Spritzer mempunyai 9 punca air yang berlainan tetapi masih didalam kawasan yang sama..maksud saya, 9 punca air itu masih didalam radius yang sama (kelompok yang sama, spot berlainan)..air yang berkualiti paling baik akan diguna pakai untuk air mineral berlabelkan “Spritzer” manakala air yang kurang sikit kualitinya akan diguna untuk air mineral “Mesra”. Sebab itu terdapat perbezaan dari segi kandungan. Dan untuk makluman OSA (Orthosilisic Acid) hanya ada pada air berlabelkan “Spritzer” sahaja. Sebab itu harganya pun lebih mahal sedikit. OSA berfungsi mengurangkan pengumpulan mineral aluminium dalam badan yang boleh menyebabkan Alzheimer. Harap penerangan ini sedikit sebanyak membantu. 🙂

  12. penerangan yang bagus..memang tidak dinafikan sebaran berita amat cepat tersebar pada zaman moden skrg ni..elakkan sebar benda yang mengundang fitnah..terima kasih penulis atas kupasan yang menarik..

  13. kalau tak salah saya, 2 thn lepas kot kami p melawat kilang ni. Turut mencemar duli adalah kdymm paduka seri sultan perak..

  14. point lain sume sy sokong kecuali point no 3 jew xbley pakai sebab nye jabatan2 yg mentioned kt ctu sume xbley pkai. sume duet pnya cerita, Arak ada lesen pn halal yg xde lesen jew haram. So berhentilah mengharapkan jabatan2 yg tertera.

  15. terima kasih atas pencerahan..yg di katakan air dr jerat cina ni dah lama sy rasa dalam 2/3 tahun lepas pernah dpt sampai la skrg ni masih ada forward di wassap dan fb..smga kita ambil langkah berjaga2 jgn sampai kita pun termasuk sama penyebar fitnah..

  16. dgn kemudahan teknologi sekarang orang mmg suka2 jer sharing itu dan ini… sharing tu sepatutnya memberi manfaat tapi ini tak… memfitnah pulak… haishh… susah betul lah surat berantai zaman moden ni… yang mana baca sambil pejam mata tu pulak main telan jer semuanya… (ehh… mcm mana nak baca kalau pejam mata?.. hahahha)… ni mata hati lah yer… but thumbs up to the team yang buat CSI ni… good job guys!…

  17. sekarang dah clear, selama ini baca dan dengar saja apa yang orang cakap sekarang dah tahu sendiri…baguslah begitu.

  18. alhamdulillah..da bagi penerangan dengan dengan kemas..
    terimakasih… anda melakukan dengan cara terbaik..
    lebih baik memberi penerangan itu dengan terbuka.. di situ ada rasa tak puas hati atas reaksi masyarakat atas sebab gara gara tersebarnye kenyataan sebelum ini..

  19. tak timbul isu memfitnah… tapi kalau anda tergerak untuk menjernihkan keadaan lakukan la atas sebab kerana Allah..

  20. Penerangan yang sangat baik, terperinci. Orang kita memang cepat terpengaruh nak share benda2 panas macam ni, tanpa kajian tanpa siasatan. Bahaya betul.

    Pada saya, kalau dah tak percaya JAKIM, nak percaya kat siapa pula kan?

    • Xperlu byr kot kalau nk bgtaw info yg btol..org2 yg jenis kalau dh set dlm mind xbley minum air ni sejak 10thn lps pon..mmg payah laa nk ubah cara pemikiran diorang.mst nk ckp diorang jgk yg btol..pdhal diorang tu cuma dpt info yg xde bukti je pon..tu pon da percaya bulat2.apa laa..kalau x..xkan la kilang ni bley dpt award hmpir tiap2 tahun??xkn nk ckp award2 yg dpt tu pon kilang spritzer ni byrkan??pikir la sma ikot logik.adoiiii.

      • Admin dapat sekotak air Spritzer free… Tula backup abis Spritzer… Bkn blh caya gak sakat admin gi dgr taklimat Spritzer… xkan Spritzer nk citer air Spritzer xelok… Lingkup trus la Spritzer… Sakat arward tu nmpak kat dunia je… Kalu dah minum dr dulu minum jela kalu yg lebih tau tentang agama dan perubatan islam kita xnak dgr…

  21. Bukan saja air Spritzer, tp semua brand yg punca airnya dari Air Kuning aku tak lalu minum….. Aku pilih air Gau dari Temerloh.. dah tentu kita tau sejarah airnya dari sekolah pondok… Dulu tiap mggu pegi penang lalu jln air kuning tu… beso giler kwsn jirat kat situ…

  22. baguslah kl air spritzer betul2 bersih drp jirat cina tu….tp bagus jugak muslim lebih berhati2 dlm setiap perkara,supaya tidak ditipu…cuma jika ada penyebaran berita2 yang pelik2,,siasat dulu,,baru betul……

  23. Maaf nak kongsi fakta.

    Adik saya berguru dengan anak murid Ustaz arun Din sendiri, sebagaimana Ustaz Don yang berguru DIRECT dengan Ustaz Harun Din sendiri.
    Ustaz ini DENGARyang air SPRITZER ini memang bermasalah untuk dibuat rawatan SYIFA’ sebab molekul airnya tak sempurna, ustaz adik saya ini DENGAR DIRECT daripada Ustaz Harun Din sendiri…

    Saya hormati kajian yg owner blog ini lakukan.
    Beliau dah lakukan yang terbaik, utk elak fitnah.
    Saya kagum usahanya. Kita semua patut hormati.

    Cuma isu air mineral Spritzer ini, kami memang tidak akan membelinya lagi kerana air ini TERNYATA tidak boleh dilakukan rawatan SYIFA’ kerana molekul airnya tidak sempurna tatkala dibacakan ayat suci Al-Quran.

    Terpulang untuk membuat pilihan.
    Pada saya, air mineral area Temerloh sana jauh lebih baik kandungannya.

    Kita semua bijak, boleh buat kajian, perbandingan, jadi terpulanglah.

    Cuma saya lebih utamakan pendapat dan pandangan ULAMA’ dan kurang percaya badan-badan pemantau kerana isu $. (Bukan buruk sangka tapi kita tahu cerita sebenar).

    Maaf jika ada salah silap. Hanya perkongsian ikhlas. 🙂

    • Admin dapat sekotak air Spritzer free… Tula backup abis Spritzer… Bkn blh caya gak sakat admin gi dgr taklimat Spritzer… xkan Spritzer nk citer air Spritzer xelok… Lingkup trus la Spritzer…

  24. bagus dgn kesungguhan….lps ni pegi kaji Air Gau sana dan.byk air mineral keluaran melayu islam…rasanya itu lebih berpahala

  25. Tulah selidik dulu sebelum membuat sesuatu kenyataan..
    Yg peliknya siap cakap uztaz harun din tak dapat masuk dalam air ni tuk bacaan ayat2 suci…
    So sekarang dh dapat pencerahan harap tak ada memutar belitkan cerita yg benar

  26. Bawah kubur cina ke kubur melayu ke.. apa masalahnya.. yg korang makan sayur baja taik lembu hari2 apa cerita.

  27. Terima kasih atas pendedahan isu panas berkenaan spritzer ni. Oleh kerana percayakan fitnah yang dibawa oleh pihak yang tak bertanggungjawab, saya pun tak minum air dari spritzer lagi.lepas ni boleh minum tanpas was-was

  28. Penemuan yang bagus untuk mencerahkan minda masyarakat kita ni esp MELAYU..saya pun melayu gak..tapi x faham kenapa bangsa saya suka menyebar sesuatu tanpa menyiasat..membzir je belajar sains kat sekolah tapi kemahiran menyiasat x diterap dlm diri..sama2 kita berubah lebih baik..

  29. Alhamdulillah…. walaupon xdgr crita pasal SPRITZER gune air serap kubur china tp sy tetap membeli air JENAMA SPRITZER sbb bg sy cop HALAL dr JAKIM tu yg penting….. Jgn mudah trpedaya, jd diri sendiri utk mengetahui sesuatu….

  30. Ramai lagi yg percaye bulat2 terus saje share dan forward.
    Adekah tidak terfikir oleh mereka lapisan2 tanah dalam bumi serta kadar kemampatannye. Juge adekah kite fikir air mayat itu keluar berbaldi baldi dan kadar meresapnya laju dan tinggi?
    Yang kate bermasalah unt buat rawatan ruqyah tu, ape kate bawak saje air spritzer ni pegi sane.

  31. Alhamdulillah .. terima kasih atas penulisan yang objektif dan menarik.
    Saya cuma tertanya kenapa soal sumber air berdekatan dengan kubur cina menjadi tarikan? Adakah sekiranya sumber air tersebut berdekatan dengan kubur orang islam melayu, tidak timbul apa-apa kontroversi?

  32. Ada dua perkara yg saya ragui..
    Pertama, penulis sendiri mengesahkan jerat cina tu mmg berdekatan dgn kilang spritzer dan empangan.
    Jd selama org kata kilangnye dekat dgn kubur cina tu bukan satu fitnah tp lebih kepada peringatan sbb kalu ada sumber air lain yg lebih baik dan terhindar dari unsur syubhah.
    Kedua..
    Walaupun JAKIM merupakan badan yg mnyemak dan mengesahkan status Halal, tetapi terdapat juga produk yg tidak halal tetap juga disahkan JAKIM sebagai halal.
    Hasil maklumat org Islam yg rasa bertggugjwb, individu itu ada memaklumkan supaya mengelakkan beberapa produk yg haram tapi disahkan halal. Secara tidak lgsung mnunjukkan JAKIM tidak telus dan berat sebelah dalam memberikan status halalnye.

    • Tak elok camni tuan.. Kesian JAKIM, mereka kerja penuh kredibiliti. Ada regulation dan ujian makmal. Produk apa yang katanya tak halal tu.

    • admin dpt sekotak air free dr Spritzer je dah ckp Spritzer tetap dihati…Puiii..
      Xleh dgr dr sumber admin je kena dgr gak dr sumber2 yg mnyatakan air spritzer tercemar ni.. ada air yg xleh masuk bila dibaca ayat al quran… xblh buat utk perubatan secara islam…

  33. bagaimana pula dengan air mineral cactus,Air ini yg terlebih dahulu dihebohkan dekat dgn kubur cina..ni pun aku dengar dari member yang anak dia dok kat situ…

  34. bagaimana sekiranya pihak spritzer menipu admin.adakah kita percaya bulat2 apa yg di terangkn oleh pihak syarikat spritzer.sy masih ragu2 di sini.jd sy pilih utk mencari produk syarikt yg lain.

  35. Heran dgn mentaliti katak bangsa melayu. Memfitnah masi menjd guru dlm diri. Dlm Islam sdh jelas, jika yakin, makan. Jika was-was, tglkn. Kn byk jenama lain, minum ja la. X payah tuduh org dpt duit, mentua ckp itu ini, poyo… Knp sibuk sgt pasal spritzer sdgkn ada option? Knp x sibuk solat 5waktu, posa, zakat, aurat bini, adik ppuan, kakak, emak, anak ppuan? Sdgkn itu yg WAJIB dn lg boleh mengheret manusia ke Neraka? Yg korg mkn d restaurant dn pinggan mangkuk DI SHARE olh yg bkn Islam, x fikir???? Ha, itu jgn melatah, ada fatwa dn hukum. Jgn lps ni sibuk nk buat fitnah br sebar d FB, watsapp dsbgnya…

    -Aku Muslim yg x minum spritzer sbb mahal dn masih mkn d kedai mkn luar tanpa was2-

  36. Sapa nak minum, minum lah. Bukan boleh larang pun… kalau ada pilihan, pikir sendiri lah. Pada yg minum or dah terminum, tawakal je lah. Yg belum or baru nak minum, pikir2 lah…

  37. Belilah air mineral dari syarikat Islam bumiputera kita yang sahih halal…. E’den mineral water adalah salah satu air mineral yang kini berada dipasaran Malaysia, eden mineral water diusahakan oleh sebuah syarikat bumiputera sepenuhnya iaitu Daruk Khusus Venture Sdn Bhd, diasaskan seawal tahun 2004, eden mineral water mula dipasarkan pada tahun 2010.

    Jenama eden masih baru dalam pasaran Malaysia namun dengan kualiti mineral yang tinggi, ia mampu bersaing dengan jenama lain yang telah bertapak lama di Malaysia, eden mineral water dihasilkan dan dibotolkan di kilang yang terletak berhampiran kaki gunung Datuk Rembau Negeri Sembilan, dipam sedalam 324kaki dari dasar tanah dengan sumber yang asli serta jauh dari pencemaran, dikelilingi hutan hujan tropika yang subur kehijauan.

  38. ok, dapat dah. mcm dah lama isu ni, orang kita kan suka ada-adakan cerita, sampaikan benda tanpa fakta dan bukti. tambah bab halal. marketing tidak sihat dikalangan orang kita yg suka diadakan.

  39. 1. Bagus kajian tapak @ lokasi kilang Spritzer. Tahniah diucapkan.

    2. TETAPI isunya ialah airnya, bukannya kilangnya @ lokasinya.

    3. Tiada penjelasan tentang status air samada secara teori atau saintifik air2 yang dipasarkan.

    4. Oleh yang demikian, keberangkalian air tersebut tercemar @ tidak, adalah tinggi tanpa ada laporan makmal.

    5. JAKIM hanya terima sampel air dan kemudian hantarnya ke makmal untuk ujian. Adakah air tersebut diambil secara rawak @ diambil dari yang terbaik dari kalangan yang terbaik?

    6. Laporan dari segi saintifik @ ujian makmal adalah yang muktamad.

    • Kalau isunya tentang air, kena pikir juga kolam air Lembaga Air Perak yang berhampiran..itu adalah supply water kepada seluruh penduduk Taiping..sumber air yang sama, tanah yang sama.

      • Tahniah di atas lawatan sambil belajar ke kilang lebih kurang macam budak sekolah pergi buat lawatan ke kilang coklat then dapat free coklat bar sorang sebungkus.
        Kajian sebenar perlu dilakukan oleh hydro geologist utk pastikan stream flow of groundwater.
        Dr segi geografi LAP punya sumber air di atas tapi air ground water spritzer adalah serapan dari kubur bukan Islam.
        Ibaratnya daging lembu yang disembelih oleh orang bukan Islam. Sifat zahirnya sama tapi sifat toyyiban barakah nya tidak.
        Sebab tu ustaz2 ku dipondok selalu pesan jgn minum air mineral yg sumbernya dari air kuning taiping sebab nanti susah nak hafiz Quran

  40. apa kau org nak kata terpulang kami orang perak tak minum air cactus/spritzer terutama org area taiping kerana cara menghasilkan agak meragukan kerana sumber2 perkerja dia sendiri maklumkan sesetengah air bukan air dari bawah tanah tapi air paip dicampurkan dgn air bawah tanah,kalau nak buat air penawar atau ubat ramai pihak berkenaan tak terima air dari kilang ni ..kalau air tapis kat mesin yg ada kedai2 kinipun dia org terima apa yee.. kemudian tanah sekitar dibeli secara paksa kepada tua tanah sebenar …ada maklumat juga pihak kilang ambil air daripada sumber bumi perak kaut untung berjuta2 tapi tak nak bayar cukai ambil air bawah tanah yg rugi rakyat perak kena kencing oleh mereka

  41. Spritzer nie company Cina buat apa nak backup sangat…

    Yang paling bagus adalah air Zam-Zam…hahaha x de sapa2 pon boleh challange…lagi baik dari minum air mineral nie…

  42. Ada sekolah agama yang mempunyai sumber air telaga yang melimpah-limpah telah menjual air yang dibotolkan dengan label air mineral. Tak lama kemudian KKM melarangnya. Menurut KKM di Malaysia tidak terdapat sumber air mineral. Oleh sebab itu, air mineral tersebut tidak dibenarkan dilabel air mineral, sebaliknya label air minuman.
    Jenama tersebut ialah Tasnim atau Gau.

  43. Panas betul isu sprotzer ni

    Yang pasti kan

    Harga air mineral boleh jadi lagi mahal dari minyak petrol

    Kelakar juga kan

    Hehe

  44. …apa pun , masa nak minum baca BismilLah… Kalau tidak tiada keberkatan …dapat rezeki dari Allah…

  45. air mineral gau banyak khasiatnya memang terbaik untuk kesihatan,air yg di makbulkan oleh Allah, di minta di doa oleh ulama untuk umat Islam terutamanya.

  46. Saya bukan ahli sain dan bukan pulak ahli dalam hukum hakam ugamo. Cumo yang saya ingat semaso form 3 sekolah uress rembau dulu, cikgu sain namo HariSingh suroh ingatkan ayat ini”water always find its level”. Haa..bilo paras air ditanah seimbang, maknonyo air dari kubor cino dan paras air digali oleh spritzer adolah diparas yang samo. Masakan bila dikorek dalam manopun pasti air paras diatas disodut dulu. Air tulang repotpun ada mineral kan. Fikir fikir lah sendiri.

  47. Inilah cara orang bukan Islam untk menjajah pemikiran org Islam. Dah tahu punca air di bawah kubur….macamana dikatakan bersih..

  48. Utk makluman, didalam Islam setiap business ada zakat nya (cukai yg perlu dibayar). Didlm konteks air Spritzer, syarikat perlu bayar royalti air kpd kerajaan negeri. Samada ianya ada di bayar atau tidak ia adalah persoalanya. Semasa saya masih berkhidmat dahulu, sehingga tahun 2013 masih tidak lagi dibayar oleh Spritzer. Andaian mudah ialah Spritzer telah mencuri air rakyat Taiping khususnya atau negeri Perak dan Malaysia amnya. Sebagai makluman, dengan duit cukai itulah kita boleh memulangkan sedikit manfaat kpd penduduk tempatan dan negeri/a amnya. Jumlahnya adalah beberapa juta RM, sedangkan syrikat telah meraih keuntungan ratusan juta RM sekian lama. Itulah hakikatnya.

  49. TAK KISAH LAH KALAU SPRITZER DIAMBIL DARI AIR LANGIT KE 7 SEKALIPUN, KAMI TAK NAK MINUM, SEBAB KELUARAN CINA. BANYAK LAGI MINERAL KELUARAN ORANG ISLAM.

  50. Tengok jalan tar tu baru dibuat menunjukkan lokasi air yang diambil itu baharu. Cubaan mengaburi pelawat yang semestinya totok air spritzer ni. Backup la selagi boleh. Kami dah tahu kt mana air tu sebenarnya dianmbil.

  51. Tinggalkan yang ragu ragu, ambil benda yang tidak di sangkal hati. Jika terdetik dek hati ada haram, tinggalkan. Bukan kah ada pilihan yang lain. Tapi jika dah darurah, boleh saja.
    Tapi bagi den, jika dah tak boleh guna untuk tujuan berubat. Campakkan jauh jauh

Leave a Reply to msapex Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *