in

Iron Man 3 Bersama Blogger Advertlets


Selamat sudah melayan filem terbaru Iron Man 3 versi 3D. Terima kasih kepada pihak Advertlets dan juga blogger ini kerana sudi memetik nama Hafiz untuk turut serta dalam sesi tayangan filem bersama rakan-rakan blogger yang lain.

Advertlets Screening Iron Man 3

Perasaan seronok..Memang seronok bila dapat tonton filem secara percuma sambil-sambil dapat hang out dan berkenalan dengan blogger-blogger yang belum Hafiz kenal. Harap-harap lain kali akan ada lagi peluang macam ni.

Iron Man 3 Screening Advertlets

Review filem Iron Man 3

Okay but not good enough. Secara keseluruhannya jalan cerita bagi Iron Man 3 ini agak kurang menyengat berbanding filem-filem sebelumnya. Mungkin kerana aksi-aksi yang ditunjukkan lebih kepada aksi Tony Stark berlawan dengan pihak lawan Extremis tanpa memakai suit Iron Man itu sendiri. Plot-plot cerita juga kelihatan seperti sebuah filem komedi kerana terlalu banyak unsur-unsur humor yang diterapkan. Disamping itu, kewujudan suit-suit tentera Iron Man secara tiba-tiba tanpa ada perincian bagi setiap satunya amat mengecewakan. Secara jujurnya jika Hafiz ditanya sama ada filem ini adalah yang terbaik diantara kesemua filem-filem Iron Man? Jawapannya tidak.

Rating: ★★★ (3 bintang)

p/s: Watak jahat “Mandarin” tak berapa high-tech.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

45 Comments

Leave a Reply
  1. Seronoknya dapat menonton filem Iron Man 3 (3D). Pasti sesuatu yg tidak dapat dilupakan, maklum sajalah dpt menonton dgn rakan2 blogger lain.

  2. cite ironman xbest.. tp hangout ngan blogger best.. salam perknalan.. malu nak tegur semlm.. pemalu orgna..ha ha..

  3. Iron Man 3D tak best sgt, yang best dapat free tiket je..hehehe…
    Nory join jugak semalam, kurang bcakap tapi tak bermakna sombong..hehehe…
    segannnn ya amat dikelilingi bloger2 yang jauh lebih otai, sedangkan Nory blogger picisan je…hikhkhik..*malu*

  4. erk..bg saya bestlah sb certa tak bergantung mudah faham dan dpt simpulan awl part i hingga akhir. plot jln mmg lengkap.sy bagi 5 bintang 🙂

  5. Betul. Satu filem yg kurang menyengat. Musuh dia pun tak best — dan siap pakai proxy yg tak tahan tu.

    Iron Man 1 jugak yg best.

  6. Citer nie ada gak scene kelakar…. cuma aku terfikir siapakah blogger yang berani nak utarakan soalan TITAN tu pada si JOSH LIM tu….hahahahaha

  7. saya tengok IronMan 3 masa hari tayangan pertama, masuk pun yang first show punya untuk hari tu. Memang teruja tengok aksinya. Saya tak puas hati Jarvis letupkan banyak sut Iron Man semata-mata nak puaskan hati Pepper Pots,

Leave a Reply to Oneblogsocial Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *