iPhone Elakkan Sakit Mata Dengan Fungsi Invert Colours

iPhone dikategorikan sebagai salah satu jenama telefon pintar. Melaluinya terdapat pelbagai fungsi yang boleh kita gunakan.

Namun, adakalanya tidak semua orang tahu akan kewujudan fungsi-fungsi tersebut, lebih-lebih lagi bagi mereka yang menggunakan telefon pintar hanya untuk membuat panggilan, SMS dan juga melayari internet.

Melalui iOS, iPhone tampil dengan fungsi-fungsi yang menarik. Antara fungsi yang ingin dikongsikan adalah invert colours.

Melalui invert colours ini, ia mampu menukarkan paparan pada iPhone anda kepada warna kontras yang lebih baik, yang boleh mengelakkan mata anda daripada sakit sekiranya terjaga ditengah malam yang gelap hanya untuk memeriksa email yang diterima daripada bos anda.

Secara umumnya, invert colours ataupun option warna terbalik ini tidak diaktifkan secara automatik. Tetapi sebaliknya pengguna perlu mengaktifkan shortcut-nya terlebih dahulu didalam bahagian Settings.

Untuk mengaktifkannya, anda boleh mengikuti langkah-langkah ini.

Pergi ke Settings > General > Accessibility. Kemudian tatal (scroll) hingga ke bawah. Disana anda akan diberikan satu option iaitu Accessibility Shortcut, klik pada option tersebut dan anda akan diberi 7 pilihan shortcut yang boleh ditetapkan.

Tick (/) pada pilihan Invert Colors, dan shortcut siap untuk digunakan. Sekarang, untuk menggunakan fungsi invert colours ini, anda hanya perlu menekan butang Home tiga (3x) kali. Paparan akan bertukar daripada warna cerah ke gelap, ataupun gelap ke cerah. Menarik kan?

Nota: Tetapan ini boleh juga dibuat pada iPad anda.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • 3 Comments

    Leave a Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Yeay! Success Hari Pertama Di Taska

    Cara Memasang Google Analytics Di Blog