iPhone 7 – Why Pay RM3k+ When You Can Get It Half Price

Kelmarin officially jumped ship daripada Android kepada iOS. Sebelum kena kecam, biar aku mengaku dulu bahawa aku memang tengah jilat balik ludah yang dah aku ludahkan. Hahaha

No offense guys.

Aku pakai iPhone bukan bermaksud aku nak curang kepada Android. Tetapi, memandangkan offer yang ditawarkan pada aku was quite good – yang mana retail price iPhone 7 adalah RM3100+, tapi aku boleh beli dengan separuh harga.. so, why not aku cuba merasa untuk pakai iPhone pula kan.

Actually, offer ini aku dapat daripada DiGi.

Sebagai pengguna setia toyol kuning, aku entitle untuk dapat optional device advance payment apabila nak beli gadget baru.

Sebelum ini, kalau pengguna baru nak beli iPhone dengan harga murah dengan menggunakan pelan Digi – diorang kena campur 3 benda, yakni; harga gadget (A) + device advance payment (B) +  plan advance payment (C)

Tetapi, berbeza dengan situasi aku yang dah menggunakan Digi hampir 10 tahun.. aku, cuma perlu bayar harga gadget + upgrade-kan pelan postpaid daripada Digi Postpaid 80 kepada Digi Postpaid 138 dan optional untuk bayar device advance payment.

Device advance payment – dikira sebagai bayaran pendahuluan yang akan direbatkan/potongan kedalam bil setiap bulan selama 24 bulan, i.e RM1290 รท 24 = RM53.75.

Haa.. So, dari segi pengiraan kasar, yang optional aku tak nak bayar. Kira dah save banyak dah kos aku kat situ. Below RM1500 dapat iPhone 7, mana nak dapat beb! Hikhikhik.

Cuma kalau ada orang kata rugi bilamana aku kena upgrade pelan baru.. Well.. aku kan blogger + sosial media influencer. Jadi tak dinafikan kerja-kerja aku memerlukan data plan yang banyak dan berterusan.

Kalau dilihat dengan pelan Digi Postpaid 138 yang menyediakan aku data internet sebanyak 12GB weekdays dan 12GB weekend, kiranya ia menepati keperluan aku setiap bulan untuk update blog, sosial media dan lain-lain disamping dapat juga menikmati unlimited call dan SMS.

Cuma, yang mungkin orang lain akan sedikit ralat bila ambil pakej seperti ini bilamana, korang akan diikat kontrak 24 bulan bagi mengelakkan korang berpindah ke telco lain.

Hmmm tapi bagi aku.. since when pula aku kisah kena ikat kontrak dengan Digi. Sebagai pengguna yang dah guna Digi bertahun-tahun, boleh kata so far so good. Digi, tak menyakitkan hati macam telco lain. Hohoho.

Disclaimer: Entri ini bukan entri berbayar. Akan tetapi sebuah testimoni ikhlas daripada pengguna Digi yang berpuas hati.

p.s: Viral pasal iPhone 7 merah limited edition. Ada sesetengah orang kata lawa, tapi bagi aku seriously tak berkenan. Panel belakang merah, tapi bila part bezel kat depan.. warna putih. Nampak tak match langsung. Hitam juga pilihan hati. Hee ๐Ÿ˜

p.s.2: Merajuk dengan Sony, sebab diorang tak nak sponsor aku Xperia XZ. Huh

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

  • Comments

    Leave a Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Loading…

    Comments

    comments

    Khair Tak Cemburu, Tapi..

    Petua Banyakkan Susu Badan Yang Betul-Betul Menjadi