in

iOS 11 Sedia Dimuat Turun, Aplikasi 32-Bit Tidak Lagi Akan Berfungsi


Bermula hari ini pengguna iPhone boleh mengemaskini sistem operasi peranti mereka kepada iOS 11. Namun perlu diingatkan bahawa, setiap aplikasi versi 32-bit yang wujud didunia ini tidak lagi disokong oleh Apple.

Sekiranya anda telah memasang kemaskini iOS 11 pada peranti iPhone anda, terdapat satu cara yang boleh digunakan untuk mengenalpasti aplikasi manakah yang masih menggunakan versi 32-bit. Caranya melalui pergi ke Settings, pilih pilihan General. Melalui menu yang dipaparkan, pilih pula About dan klik pada pilihan Application.

Disini, sekiranya terdapat aplikasi 32-bit yang terpasang didalam peranti iPhone anda, ia akan dipaparkan dalam satu senarai. Namun sekiranya tiada, ini bermaksud kesemua aplikasi yang terpasang didalam peranti iPhone anda adalah up-to-date dengan versi 64-bit.

Untuk makluman, sekiranya aplikasi yang masih tidak ditingkatkan kepada versi 64-bit cuba dibuka didalam peranti iPhone yang menggunakan iOS 11, satu mesej ringkas akan dipaparkan “The developer of this app needs to update it to work with iOS 11” – Yang mana sekiranya pengguna masih bertekad ingin menggunakannya, mereka tiada cara lain hanya dengan menghubungi pihak pembangun asal untuk menaik taraf versi aplikasi tersebut.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *