Fungsi rakaman skrin bukanlah suatu benda baru. Namun, kehadirannya didalam peranti iPhone dan iPad sememangnya ditunggu-tunggu. Melalui kemaskini iOS 11 yang baru dikeluarkan hari ini, kewujudan fungsi ini sememangnya merupakan khabar gembira. Ini kerana pengguna tidak perlu lagi bergantung kepada aplikasi pihak ketiga untuk menghasilkan video rakaman skrin.
Untuk menggunakan fungsi rakaman skrin ini, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan meletakkan butang rakaman di Control Centre. Dimana cara untuk meletakkan butang rakaman tersebut adalah semudah; Pergi ke Settings, pilih Control Centre. Kemudian pilih pula Customise Controls, seterusnya klik pada ikon “+” yang berwarna hijau pada pilihan Screen Recording.
Kini, setiap kali anda ingin memulakan video rakaman skrin iPhone, anda hanya perlu swipe skrin anda dari bawah ke atas untuk membuka Control Centre, seterusnya tekan pada butang rakaman. *Ulangi langkah yang sama dengan menekan butang rakaman sekali lagi sekiranya ingin mengakhiri rakaman skrin.
Sebaik sahaja rakaman selesai dibuat, anda boleh mengakses video rakaman melalui aplikasi Foto, dimana melalui aplikasi ini juga anda boleh memotong bahagian rakaman yang tidak diinginkan.
By default sekiranya butang rakaman ditekan secara lembut dan bersahaja, ia akan memulakan rakaman skrin tanpa suara. Akan tetapi sekiranya anda ingin merakamkan video dengan suara, anda boleh mengaktifkan Microphone Audio dengan menggunakan fungsi timbal balas haptik 3D Touch.
macam macam perubahan apple buat pada ios11
sangat canggih…bila la dapat merasa Iphone ni…
memang mantep dan berkualitas iphone
Huish memang canggih, tapi sangat tak mampu nak memilikinya
mantep iphone ponsel terbaik dan juga termahal wkwk, kapan saya punya iphone 😀
mantap nih si iphone ponsel idaman hehe
hape impian nih belum sampai kebeli