Inilah Punca Kenapa Aku Marah Dengan TM Unifi


Demm.. kali ni aku rasa macam nak marah TM Unifi.. sebab, sampai hati diorang perlakukan aku macam ni. Lama aku tunggu, hari demi hari aku berharap.. bagaikan menunggu buah yang tak gugur.

Serius.. penantian itu satu penyeksaan.

Hari ni.. tanpa ribut, tanpa hujan.. without notice. Sampai je aku kat pejabat, aku log masuk akaun TM Unifi guna aplikasi Care@Unifi.. rupa-rupanya..

Hmmm.. TM tak inform aku guys.

Dia tak bagitahu satu apa pun pakej Unifi aku dah terima speed upgrade. Sebelum ni diorang kata nak inform by SMS atau email. Tapi habuk pun tarak.

Aku kecewa guys.. kecewa sangat. Sebab keterujaan aku dirobek dengan tambahan 8 jam bekerja yang terpaksa aku lalui untuk tunggu habis waktu bekerja sebelum aku boleh mula semak speed internet rumah aku.

Seminit bagaikan sejam.. sejam bagaikan satu hari. Aduh.. Rasa nak apply cuti EL je terus balik rumah. Cuma memandangkan kalau aku EL kena tolak gaji, terpaksa menahan sabar.

Astaghfirullahalazim.. Astaghfirullahalazim.. Tak lama. Kejap je lagi.

Walau sebegini sekali layanan TM Unifi terhadap aku, syukur alhamdulillah. Sedih dalam kegemberiaan dan keterujaan.. Dapat gak Unifi Turbo. Baru je bajet dapat speed upgrade ni akhir tahun. Hahaha.

p.s: Sebenarnya aku tak marah pun kat TM Unifi, lagi sayang ada la. Speed upgrade dari Vip5 ke Advance 30Mbps. Naik lagi ke 50Mbps, lepas tu dapat pulak 500Mbps. Uuuuu. I’m in heaven. 🙂



1 KOMEN

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini