Ini Sebabnya Kenapa Anak Selalu Nak Berdukung

Satu perbezaan yang aku perasan diantara Haziq dan abangnya, Khair. Haziq lebih suka berdukung. Boleh dikatakan setiap hari, pagi hingga ke malam.. kebanyakan masa yang diluang adalah dengan dukung dia ke hulur ke hilir. Pantang letak sekejap, mesti menangis.

Kadang-kadang, penat memang penat sebab berat dia dah makin bertambah. Tapi, bagi aku itu kemanisannya dalam menjaga anak-anak. Masa kecil ni memang nampak kelam kabut sikit nak jaga diorang. Tapi, bila diorang dah besar nanti mesti saat-saat ini merupakan kenangan yang indah untuk diimbas kembali bersama keluarga.

Bercakap mengenai sikap anak yang suka berdukung seperti Haziq, aku terbaca satu status yang dikongsikan oleh Puan Maryam Jamadi, seorang Occupational Therapist. Disebalik sikap anak-anak yang suka berdukung tak kira masa, rupa-rupanya ada penjelasan saintifik yang perlu korang tahu.

Berikut adalah perkongsian beliau:

ANAK SAYA 24 JAM NAK BERDUKUNG

Sejak post sebelum ini jadi viral, ramai yang pm dan comment bertanya tentang macam mana untuk mengatasi masalah anak yang suka berdukung setiap masa, dan akan menangis setiap kali letak bawah. Adakah nak biar je dia menangis atau ikut kehendak dia?

Pertama, kena faham kenapa bayi suka kena dukung. Ok macam ini, baby secara fitrahnya memang suka kena dukung. Sebab bila didukung, secara tak langsung dia akan dipeluk dan terasa dibuai, didodoi macam duduk dalam rahim ibu lagi. Perkara ini saya suka kaitkan dengan Pyramid of Learning (Williams & Shellenberger), ada 3 core sensory yang menjadi asas dalam pyramid ini iaitu

  1. Tactile (deria sentuhan)
  2. Vestibular (deria keseimbangan/balance)
  3. Propioception (deria sendi/joint senses)

Sejak dari lahir, bayi memerlukan semua deria ini dalam proses perkembangan otak. Sebab itu, bayi normal memang suka dibelai (deria sentuhan), suka dipeluk (deria sendi) dan suka didukung (deria keseimbangan).

3 deria penting ini memang sangat diperlukan untuk perkembangan otak bayi. Setiap bayi berbeza keperluannya. Jadi jangan compare anak kita dengan anak org lain. Tugas kita ialah memenuhi semua keperluan deria ini, bukan hanya dengan berdukung ok?

Ada banyak cara utk memenuhi keperluan sensori bayi, tak perlu beli apa-apa pun cuma pakai apa yang ada je. Contohnya:

Tactile (Deria sentuhan)

  1. Pakaikan losyen pada bayi sambil belai-belai seluruh badan bayi.
  2. Sambil minum susu boleh usap-usap kepala dia.
  3. Baringkan bayi dekat atas baju belum lipat, lagi banyak jenis material kain lagi bagus.
  4. Beri bayi gengam jari kita.
  5. Usap tangan dan jari jemari bayi.
  6. Beri bayi main dengan pelbagai jenis texture dan bentuk.

Vestibular (Deria keseimbangan)

  1. Letak dalam buaian ataupun bouncer semasa dia sedar. (Penerangan dalam post lain)

Proprioception (Deria sendi / Joint sense)

  1. Urut lepas mandi. Sangat penting and tolong jangan skip untuk bayi baru lahir.
  2. Pakaikan bedung untuk bayi baru lahir. (Nanti saya cuba post tentang amalan nenek moyang kita dan sensori bayi, panjang sangat penjelasannya)
  3. Selalu buat “tummy time” seawal baru lahir.
  4. Peluk bayi.

Cara diatas ini boleh dilakukan untuk bayi baru lahir untuk memenuhi keperluan sensori mereka.

Kedua, kenapa bayi suka berdukung adalah disebabkan Separation Anxiety (resah bila berpisah). Ini normal dalam proses perkembangan emosi bayi. Bila kita hilang dari pandangan, bayi akan rasa macam kita akan hilang selamanya. Sebab itulah, bila kita letak ke bawah dia risau kita “hilang”.

Biasanya akan bermula bila bayi dah kenal orang sekeliling, lagi teruk bila pergi rumah orang taknak lepas nak melekat je. Biasanya bermula seawal 6-7 bulan dan waktu genting sekitar 10-18 bulan dan mungkin akan berterusan sampai umur 2 tahun.

Jangan risau, ini semua akan hilang ikut masa. Kena ingat setiap bayi berbeza. Enjoylah masa anak nak berkepit dengan kita, tanamkan dalam fikiran yang kita nombor satu dalam carta hati.

Tapi, berdukung/melekat 24 jam ini mungkin akan timbul masalah lain sekiranya bayi kurang “tummy time“, meniarap atau merangkak. Jadi mak ayah kena jugak buat sesuatu, supaya bayi belajar yang kita tak “hilang” pun. Caranya

  1. Ajar konsep “bye- bye“. Bila kita ke mana-mana, cakap “bye, ibu pergi toilet/dapur ni”. Kalau baru-baru memang dia akan menangis, jadi kita pergi sekejap je main cak-cak dengan dia 🤣. Bila dah selalu buat, dia dah faham konsep “bye” baru boleh pergi lama sikit.
  2. Kena selalu bercakap dengan bayi walaupun dia tak faham. Bagitahu nak pergi toilet, nak pergi makan nak kemana-mana kena report bigboss. Nanti lama-lama dia faham, makan dekat dapur, toilet dekat mana dan sebagainya.
  3. Kalau pergi mana-mana, bawa mainan yang dia biasa main untuk dia rasa selamat macam rumah. Boleh kurangkan ini bila anak dah boleh cope dengan tempat baru.
  4. Kalau punca berdukung sebab bosan, bagi dia pegang apa-apa barang baru yang selamat. Contoh ke dapur, bagi main senduk, tupperware, bekas bekas yang selamat untuk alihkan perasaan nak berdukung.
  5. Untuk yang dah pandai merangkak atau berjalan, selalu main kejar kejar dengan dia. Bila dia datang dekat nak dukung, kita lari sambil gelak-gelak.
  6. Cara terakhir, kalau bayi minta dukung tapi kita cakap ada kerja nak buat. Biarkan dia menangis. Jangan pandang langsung, muka senyum relaks je. Lepas dah siap kerja, cakap “ok dah siap” sambil pandang anak. Masa ini baru boleh pergi ke anak. Semakin lama, boleh cuba makin jarakkan masa pergi pada anak. Lama-lama anak akan percaya yang kita tak abaikan pun dia, cuma ada kerja sekejap.

Yang penting dalam semua diatas adalah emosi kita masa handle masalah anak nak berdukung. Kena relaks, muka pun tak boleh berkerut kena senyum je masa letak dekat bawah. Jangan ada sikit pun rasa bersalah sebab bayi boleh kesan emosi dan reaksi kita berkerut yang kelam kabut itu.

Semoga bermanfaat. Terima kasih ☺

Diterbitkan semula dengan kebenaran pemilik asal, Puan Maryam Jamadi.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • 4 Comments

    Leave a Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Loji Janakuasa Solar Berbentuk Panda Di China

    Pelik Tapi Benar.. Anak Makan Pemadam