Kalau korang lahir tahun 80-an dan 90-an, mesti korang akan tahu kewujudan komik biografi Anak-Anak Sidek yang menceritakan tentang kehidupan keluarga jaguh-jaguh badminton suatu ketika dulu.
Kini, seiring dengan arus masa yang meletakkan Dato Lee Chong Wei sebagai juara badminton No.1 di dunia, muncul satu filem yang bakal ditayangkan tahun hadapan yang berjudul Lee Chong Wei: Rise Of The Legend.
Oleh kerana sumbangan beliau yang tidak ternilai buat Malaysia, filem autobiografi dihasilkan bagi menghargai jasa-jasa beliau. Trailer rasmi berdurasi 2 minit, menunjukkan jalan cerita bagaimana Dato Lee Chong Wei yang tidak mengenal erti putus asa dalam mencapai cita-citanya dalam arena sukan badminton.
Dan yang menariknya lagi, turut menjayakan filem ini adalah penampilan Dato’ Rosyam Nor sebagai watak jurulatih “pencungkil bakat”, Misbun Sidek.
First trailer is out. Stay tuned. pic.twitter.com/Df0ibtfJXW
— Dato' Lee Chong Wei (@LeeChongWei) December 21, 2017