in ,

Ini Dia Port Jual G-Shock Original Yang Wajib Korang Tahu


Fenomena kegilaan jam Casio G-Shock ni memang tak pernah surut-surut. Sejak aku di bangku sekolah lagi, kalau nampak je jam G-Shock, mesti ramai yang ketar kepala. Ingat lagi aku seawal pengenalan aku kepada jam G-Shock. Masa tu aku bersekolah rendah di Pekan, Pahang. Tiap-tiap kali keluar pergi shopping mall dengan family mesti aku akan berhenti di depan kedai jam untuk cuci mata. Almaklumlah.. sekolah rendah. Nak beli sendiri, belum berkemampuan. Jadi bila dapat tengok pun dah dapat puaskan hati. Hahaha

Jam G-Shock aku yang pertama adalah hadiah daripada ayah aku, masa tu aku sekolah menengah dah. Tapi moment yang tak akan aku lupakan bilamana dapat je jam G-Shock yang pertama ni, memang aku gembira bukan kepalang. Pendek kata, punya lah gembira tu sampai tahap tak kira masa aku pakai jam G-Shock tu. Pakai pulak bertahun-tahun lamanya.. sampai bezel dah pecah-pecah. Sehinggalah jam tu berkubur bila dah kehabisan bateri.

By the way bila bercerita bab jam-jam G-Shock ni, satu perkara yang buatkan aku kagum dengan jam ni bilamana dari segi ketahanannya sangatlah tinggi. Korang bayangkan lah ye “ketahanan” jam ni bukan saja merangkumi fizikal jam tersebut, malah ia juga tahan dari segi kuasa bateri.

Bateri G-Shock ni pendek kata kalau korang dah start pakai, ambil masa bertahun-tahun nak habis. Dan secara jujurnya melalui pengalaman sendiri yang dah kumpul 6 biji jam G-Shock dalam koleksi peribadi.. so far baru satu je jam aku yang pernah tukar bateri baru. Itu pun, jam tangan G-Shock Gulfman model G-9100 yang dibeli pada tahun 2009. Aku tukar bateri G-Shock ini pada tahun 2018. 9 tahun tu!!


1st G-Shock aku yang tukar bateri. Jam ni aku beli pakai duit bonus tau.

Manakala dari segi ketahanan fizikal G-Shock, memang aku salute habis. Bagi aku ianya antara terbaik diantara yang terbaik. Sebab melalui pengalaman sendiri, ada satu jam G-Shock aku yang pernah aku pakai.. dah pun melalui “tough test” yang sebenar apabila ia terseret bersama-sama aku ketika kemalangan motorsikal beberapa tahun lepas.

Tahu tak apa je kesan daripada “tough test” tu terhadap jam aku? Cermin calar sikit je bai. Cermin pecah? No.. no.. no.. Jauh sekali. Let say lah kan kalau masa kemalangan tu aku pakai jam tangan pintar la kononnya, hmm aduhai.. rasanya dah menangis dah sebab duit terbang macam tu je. Hohoho.


G-Shock model DW-9050. Skrin calar, tapi masih tak menjejaskan display

Okay. Itu just perkongsian bab ketahanan. So, sekarang masuk bab design pulak.

Dari segi design, ada sesetengah orang yang berpendapat bahawa jam G-Shock ni semuanya saiz bagak-bagak dan nampak pelik. Well.. kalau dulu pada tahun 90-an, mungkin orang boleh kata gitu. Tapi zaman sekarang guys, pakai jam jenis bagak-bagak ni dah jadi macam trend. Takde rasa pelik dah. Malah, bukan setakat G-Shock je yang design macam ni.. tapi jam-jam jenama lain pun dah mula ikut trend yang sama. Dah banyak keluarkan model-model jam yang besar. So, it’s normal.

Untuk design G-Shock, disebabkan ia memfokuskan kepada tahan lasak disamping rekaan yang garang dan memukau, tak pelik la kalau korang nampak rekaannya ada yang lebih kurang sama. Dan mostly jam-jam G-Shock ini menggunakan material getah yang berkualiti tinggi bagi rekaan bezelnya dimana ia menjadi faktor utama yang menyerap hentakan sekiranya berada didalam situasi extreme.

Ahaa.. sebelum aku terlupa, dalam banyak-banyak design material koleksi jam-jam G-Shock aku, satu model yang aku paling suka iaitu jam G-Shock model GLX-150B, iaitu jam G-Shock dari siri G-Lide yang menggunakan resin band (tali jam getah berkilat). Kerana, dengan penggunaan tali jam seperti ini, ianya lebih tahan lama. Malah, dari segi penjagaan pun mudah – Kilatnya tu sukar nak pudar dan membuatkan jam sentiasa kelihatan baru.


Percaya tak kalau aku cakap jam ni aku dah pakai 3 tahun. Still nampak baru kan?

Dan disebabkan hati dah mula terpikat dek ketahanan resin band ini, baru-baru ni aku ada cuci mata dekat G-Shock online store, dimana setelah melakukan beberapa carian.. hati semacam berkenan pulak dengan GD-100GB-1 BLACK RESIN BAND MEN SPORTS WATCH. Hehehe.

Jam model ini boleh dikatakan antara model popular yang menjadi kegilaan ramai terutamanya dikalangan pengumpul G-Shock.

Mungkin disebabkan design nya yang ranggi dan kelihatan eksklusif. Dipadankan pula dengan faceplate gold yang jadikan ia nampak mewah. Cool weh!

Cuma disebabkan aku mempunyai kekangan modal yang agak terhad, maka niat nak membeli tu terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu untuk memberikan laluan kepada perkara yang lebih penting. Buat masa ni hanya mampu cuci mata je. Sob sob sob.

Pengedar Rasmi Jam G-Shock Original

Untuk makluman korang, pengedar terbesar Authentic G-Shock watch kat Malaysia ni adalah Marco Corporation (M) Sdn Bhd. Dan baru-baru ini mereka telah mewujudkan sebuah laman G-Shock online store bagi memudahkan pengguna membeli jam original G-Shock. Pembelian melalui online store ini mudah, semacam laman-laman ecommerce yang lain. Pilih mana berkenan, add to cart, kemudian check out dan bayar.

www.mymarcostore.com

Jadi, pada korang yang mungkin dah kecewa atau penat mencari model-model yang dihajatkan di butik-butik kerana dah habis stok ataupun kena tunggu lama, maka pembelian online secara terus daripada Marco Online Store ini adalah option terbaik sekaligus mengelakkan risiko ditipu pembelian G-Shock tiruan.

Lagipun melalui pembelian di Marco Online Store ni juga, korang boleh dapat diskaun sebanyak RM150 kalau guna promo code “Ghafix150”. Promo code ini dikhususkan kepada mereka yang berminat dengan pembelian G-Shock model GD-100GB-1. Banyak weh diskaun tu. Belanja aku 1 please. Tak pun bagi as birthday present. Hohoho.

By the way.. alang-alang cerita koleki G-Shock aku tadi. Aku ambil peluang nak berkongsi berita gembira aku untuk tahun ini juga, iaitu selamat datang diucapkan kepada G-Shock model GLS-6900-1DR ke dalam koleksi peribadi aku.


Tuan kacak, jam pun mesti kacak.

Jam ini merupakan jam G-Shock aku yang ke-6, dan merupakan jam G-Shock black yang ke-3 dalam hidup aku. Dari segi reka bentuknya, ia adalah klasik dan hampir menyerupai model DW-6900. Namun GLS-6900 mempunyai bezel lebih tebal dan direka khusus untuk kegunaan extreme sport yang mampu bertahan di kawasan bersuhu sejuk sehingga –20°C/–4°F.

Lebih menarik lagi apabila model ini juga dilengkapi dengan fungsi auto light dan band yang mempunyai 2 tona warna. Hardcase merah. Nampak cool kan? Heee.

Kalau korang nak dapatkan gambaran ringkas mengenai fungsi-fungsi serta design G-Shock GLS-6900-1DR, boleh juga tonton video unbox ringkas yang sempat aku rakamkan. Kalau rajin, subscribe la sekali kot-kot lepas ni ada banyak lagi video unbox jam G-Shock. Hehehe.

Reminder: Yang berminat untuk dapatkan G-Shock model GD-100GB-1 atau model-model lain dengan harga murah, jangan lupa layari Marco Online Store okay. Lepas dah pilih jam mana yang berkenan.. add to cart, masukkan promo code “Ghafix15” (15% off storewide).

Nota penting: Setiap pembelian (menggunakan promo code tersebut) yang dibuat sekarang sehingga 30hb Jun 2019 ini, akan didatangkan bersama waranti selama 2 tahun (yakni tambahan 1 tahun waranti berbanding tempoh waranti yang kebiasaannya diterima di kedai).


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

15 Comments

Leave a Reply
  1. Tua2 ni baru mampu beli G-Shock ni
    Dulu mampu lihat je. hahaha
    First G-Shock Sop ialah GA100 lepas tu bg Azfar dan beli GA700. Kecewa juga bila Azfar buat hilang jam tu.. huhuhu
    Untuk Azwar Sop beli GD100. jam yang Sop minat juga.

  2. Terima kasih atas perkongsian tentang gshock.. Nk tanya mcm mne nk ordr byk jam untuk menjual Plam

  3. Hafiz sy nk jual g shock lbx 100 warna hitam
    Baru beli bln 10/2021 ,condition oke dan warna hitam disertai warranty card,masa beli
    RM689 tapi sy letak harga 480 dan bole runding lagi..klo Hafiz minat ini no sy 01128457233

Leave a Reply to YB Shehan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *